Assalamualaikum!
Semoga hari ni lebih baik dari hari semalam ye. Hari ni dapat outing sampai 1900H sahaja.Tak seronoknya.Semalam sampai pukul 2200H.Hmmm... tapi kita kena tetap bersyukur kan dengan nikmat Allah.Dapat outing daripada tak de langsung..Alhamdulillah.
Alahai jelesnya mereka yang ber outing.Mencuci mata dengan pemandangan indah ciptaan Allah tapi aku dok terperap dalam bilik layan laptop sambil mendengar alunan ayat suci Al-Quran. Indahnya setiap bait-bait Surah Al-Baqarah ni...
Takpe,takpe. Bak kata Ezry 'anak dara tak baik keluar'. Ha,yela Ezry.aku duk bilik la ni jadi suri rumah. Kihkih. So aku pun tak keluar lagipun kalau keluar takde arah tujuan,baik stay sahaja.Lagi selamat!
Hmmm.Tido pun bagus juga. Tapi bila tido lama sangat rasa pening pula kepala ni. Nak shine kasut macam malas,.nak kemas bilik,dah ok jugak la bilik aku ni. Kenapa lah kemalasan muncul time bulan puasa ni. Shuh wahai Mr Malas!What I hate the most.haha.
Esok tak tau la jadual untuk Whiskey Warrior ape dia. Bulan 9 dah nak masuk fakulti. Mesti pack gila jadual. Mesti dah takde masa senggang macam ni. Mesti susah dah nak keluar outing( macam Fitrah cakap,dia roommate aku) 'Nani,baik kau outing.Nanti ko dah masuk fakulti susah dah nak outing.Nak study'. Bila aku fikir balik,betul jugak cakap Fit.Masa tidak akan berulang lagi..
Entahlah. Mood pun swing! Kenapa entah. Pernah tak kau rasa kau suka someone tapi kita tak tau whether dia suka balik kat kita ke tak. Pernah tak?pernah kan? Haaa.
Kalau suka sama suka.Yes What I like the most.Bila rasaku ini rasamu:)
Tapi biarkan sahaja perasaan ini.Kalau dilayankan,memang tak stabil la mood ni sampai tak sudah weyyy. Tapi at least kita dah berusaha.Yes,jodoh ketentuan di tangan tuhan.Tapi tanpa usaha takda maknanya..
Bukan apa,selain Allah,keluarga sometimes we need someone yang boleh jadi burning desire kita untuk berjaya.Kan? What we called moral,moral,moral. Ha,baru semangat nak ber study:) Orang yang memberi galakan kat kita,orang yang akan menjadi peneman saat susah dan senang, yang akhirnya akan menjadi soulmate kita suatu hari nanti.. Heeee(^_^)
Hanya berdoa supaya jodoh berkekalan apabila merasa dia jodoh kita... Yela kalau dah declare suka sama suka,doa lah banyak2 supaya jodoh tu berkekalan.Kan?
Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,
Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen
Dah,dah, Kalau nak bantu roger la ye:) Thankie!nak sambung dengar ayat-ayat Al-Quran ni. Assalamualaikum:)