My fantastic followers!:)

08 August 2011

(^_^)

Assalamualaikum orang-orang kampung!

Nak cerita,nak cerita ni.

PT(physical training) pagi tadi amatlah syoknya.Sebab apa?sepanjang PT aku dengan Yaya punya la seronok-seronok berlari sambil tersenyum pastu berborak.Sampai Staff Alfian tu berhentikan kitorang.
'Eh kadet,korang berlari ni boleh tak series.Kenapa ada yang borak2?Nak benda lain ke nak PT?'
Kitorang pun jawab, 'nak PT stafff!!' (confirm2 lah jawab nak PT,nanti dia tukar channel crawl satu padang,tak ke loya-loya tekak ni.Zaman puasa kan.hehe)

So,untuk orang yang PT pagi tadi dengan aku tu,sebenarnya aku dengan Yaya lah borak2 tadi.hehe.Ampun. Tapi tak tau la ada orang lain borak sekali kan. Bukan apa. Tak nak mental time lari-lari. Nanti ada yang pengsan bulan-bulan puasa ni pulakkk! Series happy betul PT pagi tadi:) Takde mental-mental! Cool je rasa:) tapi tipulah kalau tak penat. Semputtt bhai!Ahah.

Masa mula-mula PT, agak penat lah.tapi dah nak last2 tu jurulatih bagi sikit2 je.. Sangat syiokkk!

Pastu untuk bakal2 pelajar perubatan kitorang ada ukur white coat untuk fakulti nanti. Ibu bapa akan dijemput untuk white coat ceremony. Mak aihh.Ada ceremony somemore!Yela.Intake sulung yang ada pelajar perubatan.. Semoga semua pelajar perubatan diberikan kejayaan dalam bidang yang diceburi hendaknya dunia dan akhirat.Amin:)

Pastu nak tambah sikit tadi best betul berjumpa Sahlin dengan Ezry!Kawan karib aku la dekat universiti ni. Sangatlah best kawan dengan dua orang ni!Tadi amik gambar berpuluh-puluh macamlah dah tak duduk dekat sini lagi. Kihkih. Posing sana,posing sini.Last-last view gambar balik,pose yang sama. Muahaha. 

Nanti lah ada masa jumpa lagi kita upload gamba kitorang dekat pejabat Fakulti Perubatan tu eh:) Stay tune!!Nak tidur dahulu.Petang ni ada kelas pulak. Assalamualaikum!

03 August 2011

Alhamdulillah!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah!
Tadi pergi usha pointer Semester 3 dekat Ma'am Aniza.
Alhamdulillah! Impian untuk memiliki 4 rata dikabulkan Allah.
Subhanallah,Alhamdulillah.
Bersyukur tak terkira...
PNGK 3.80 dan
 InsyaAllah impian untuk menjadi pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
akan tercapai,.

Come on Nani.Berusaha dengan lagi gigih untuk menjadi
seorang doktor yang berjaya.,.
Kepada kawan-kawan yang lain
teruskan usaha korang tau..
Sesungguhnya berdoalah banyak2 kepada Allah,
InsyaAllah.Dia akan memakbulkan setiap permintaan kita!


‎"If God answers your prayer, He is increasing your faith.
If He delays, He is increasing your patience.
If He doesn’t answer, He knows you can handle it"

02 August 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sudah hari kedua berpuasa.
Ada masa free la kan sebab tak boleh nak bertarawih sekarang ni :p
Awal-awal lagi dah spoiled.aiyaakk.
Dah Allah bagi cuti nak buat macam mana.
hehe..

So life kat sini macam biasa.
Latihan still diteruskan walau letih macam mana sekali pun.
Ye la kehendak perkhidmatan..
Bila nampak buah kelapa dah terbayang macam air jambu,air cincau,air batu campur dan ape-ape airlah.
Macam-macam ha terbayangnyaa. Pastu bila pergi Bazar Ramadhan pulun nak borong semua makanan kat gerai macam esok takde lagi.hehe.. Yang penting,nafsu beb! ;)

Hmmm. 
InsyaAllah 10 Ogos ni keputusan rasmi ke Ijazah Sarjana Muda akan diumumkan,
bagi pelajar asasi 2010/2011.
ALL THE BEST to all!
Semoga pilihan yang diidamkan selama ini tercapai hendaknya.
Kepada beliau yang nak amik Mechanical Engineering tu GOOD LUCK eh! :)
Semoga kejayaan milik bersama.InsyaAllah...

So,so,so sepanjang Ramadhan ni kan,
banyakkan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah yang Esa..
Tadarus,Tarawih,solat berjemaah,sedekah dan sebagainya..
InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan walau sekecil zarah akan mendapat balasannya...
Bersama-samalah kita nasihat menasihati agar sama-sama mendapat keberkatannya.Amin..

Last for now, 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Puasa penuh-penuh ye.Nak duit raya takkk?? :p
Baiii! Assalamualaikum :)

11 May 2011

Cuti:-)

Assalamualaikum.

Aku kat rumah kan sekarang ni:-) Kitorang dapat cuti dari semalam pukul 2 petang sampai pukul 6 petang hari Selasa,17 Mei. (Alahai aku tulis date ni pun bukan korang kesah pun kan? takpelah memeriahkan blog katanya.haha.)

Semalam untuk ke sekian kalinya lah kan aku naik bas from KL to Segamat. Bagi korang maybe ni perkara biasa kan.tapi bagi aku and some of my friends,perkara ini luar biasa ye:-) 
'Nani,series la ko nak naik bas? bukan before ni parent ko jemput ke?'
'Parent aku busy bekerja la.Aku tak nak susahkan dorg.:-)'

Bukan apa,orang macam aku ni memang akan dijemput parent bila tiba hari cuti. Sejak dari sekolah lagi.Memang nak balik rumah naik bas,flight,taxi, tu dalam lingkungan 0.01% je la kot.Kirim salam lah:-p hehe. Bukan manja,tapi sort of la. Tapi parent lebih mementingkan keselamatan lah kan.That's why mereka sanggup jemput from Segamat to KL kebiasaannya. Thank you abah,mak,adik-adikku:')

Semalam,naik bas from TBS dekat BTS :-) Beli tiket dgn Cik Nisa.Tiket dia malam, sebab dia ada temujanji dengan orang istimewa dia lah:-) Nak berdating untuk pertama kali selepas mendapat green light parent.Terbaik Cik Nisa,tahniah:-)
So,terpaksa berpisah dengan Cik Nisa dekat kaunter tiket tu.Proses berdiri di kaki sendiri pun bermula!Yeah.Rasa mencabar sebab jalan sensorang.

Kriuk,kriuk~ Lapaqqq!haa.mintak makanan la tu,so aku berjalan2 la sekeliling TBS yg ala-ala airport tu.Series tak tipu.mcm airport walau realitinya TBS tu tempat perhentian bas je kan. Tiba-tiba secara sengaja terjumpa dua mamat hemsem! 
Wak(Syukri Kamsidin) dengan Topek(Taufiq Haron).
'Eh,Wak,Topek,korang balik Segamat tiket pukul berapa?4.30 eh?'
'Ha,yela 4.30.'

Hati kecik ku berbisik riang 'Yeay,ada jugak orang nak balik Segamat. Tiket bas dah sama. Dahla satu kompeni aku,Alpha.Memang terbaik!'
Aku pun ajak dorang makan KFC since aku lapa gile macam nak pengsan.Takut tak sampai Segamat dah pengsan dulu.haha.Ayat nak bombastik je:-p

Dah makan semua,naik la bas.Perut dah kenyang,mata pun kuyu.Tido la aku sepanjang perjalanan:-) And sekarang aku kat rumah menjalani cuti yang series aku suka daripada duduk dekat kem dalam keadaan kebosanan.Yeayyyyy!Alhamdulillah:-)

P/S: 
-Hafiz, terima kasih sebab care:-) Rasa terjaga pula.Weeeee~ Jaga diri baik-baik di rumah ye.
-Skot-skot ku yang lain pula, take care.enjoy la cuti tu puas-puas before start Semester 3.

Ok lah.Nak tengok katun dekat tv.tata~

07 May 2011

CONTEST FOTO SWEET BERSAMA IBU:-)


Just now,sedang sibuk melayari muka buku,
selepas penat study last paper untuk final exam,
tiba-tiba jumpa la satu post dekat news feed.
Sweet foto contest untuk hari ibu,
anjuran one of my skod:-)

So, I'm kinda join that contest.
First time ouh join contest-contest nih.
Jom lah join sekali!
teheee <3

This is my sooo beloved mom! 
Puan Masniah binti Suwardi

'Mak, you're one in a million!!'
Happy Mother's Day
but for me, 
everyday is Mommy's Day! <3
yehhaaa!

Mak,
Thank you for giving birth,taking care,raising me up!
You're super mommy that I ever had!
I love you all my heart,:')

Terima kasih kerana melahirkan ,menjaga,mendidik dan membesarkan
 Nani dan 7 adik-adik Nani yang lain.
Sangat besar tugasmu sebagai seorang
isteri,ibu dan guru.

May Allah bless you and protect you!
Mmmuuuaaahhhhsss!

Last but not least, 
'Happy Mothers' Day'
to all mommy <3

Tagged: