My fantastic followers!:)

31 May 2013

Rasai kenikmatan eXfuze 7+!


Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah dapat lagi menaip di blog ini. Setelah sekian lama tak menaip  OK sekarang ni nak share supplement yang memang saya tertarik dengan kandungannya. eXfuze 7+ ! Saya telah diperkenalkan oleh seorang senior saya semasa di STF dulu, iaitu Kak Aien..

Apa kandungan supplement ini ye?

Exfuze 7+ ni mengandungi 7 jenis buah-buahan dari serata dunia:

Goji: Mengandungi 19 Asid Amino, Beta-Carotene, 21 jenis Mineral, Vitamin B, C dan Kompleks E.
- Memusnahkan Radikal Bebas
- Meningkatkan Metabolisma
- Melancarkan Peredaran Darah
- Merendahkan LDL Kolesterol
- Meningkatkan Sistem Imun
- Meningkatkan Fungsi Hormon
- Mengurangkan Risiko (Cataracts)

Seabuckthorn: Mengandungi Vitamin C, K, E, Asid Folik, Carotenoid, Omega Kompleks 3, 6, 7 & 9 serta kandungan Anti-Oksida dan Flavanoid yang amat tinggi.
- Penjagaan Rambut
- Rawatan Kulit Kepala
- Mengurangkan Inflamasi Kulit
- Tingkatkan Penyembuhan Luka Kulit
- Memerangi Eczema
- Mengurangkan Pigmentasi Kulit
- Atasi Rheumatism serta Sakit Pinggang
- Membantu Sistem Penghadaman

Brown Seaweed: Adalah sejenis Nutrien bernama Fucoidan. Kandungan Vitamin dan Mineralnya menyerupai kandungan Susu Ibu. Ia dapat menyokong imun seseorang dengan menambahkan Sel Darah Putih yang sihat.
- Anti-radang yang hebat
- Penyahtoksik Badan

Acai: Mengandungi Vitamin A, B1, B2 & B3 seta Vitamin C, Anti-oksida, Phytonutrien dan Asid Amino yang hampir sempurna.
- Membantu dan Merangsang Sistem Imun & Metabolisma
- Membantu Menghalang Pembekuan Darah
- Menjaga Kolesterol Baik & Mencegah Penyakit Jantung
- Mengurangkan Berat Badan/Melawan Obesiti
- Membaiki Sistem Penghadaman
- Menigkatkan Tenaga & Stamina
- Menurunkan Tekanan Darah
- Anti-penuaan dan Radang/Melawan Radikal Bebas

Mangosteen: Mengandungi Anti-oksida dan kandungan Xanthones yang amat tinggi.
Membantu memperbaiki dan memulihkan Penyakit Saraf, Trombosis dan Hipertension.
- Mencegah Batu Karang & Buah Pinggang
- Mencegah Osteoporosis
- Mencegah Kemurungan, Tekanan/Stress
- Mencegah kesan-kesan Diabetes
- Anti-tumor dan Mencegah Kanser
- Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi
- Mencegah Lenguh Sendi

Noni: Mengandungi Beta-Carotene, Kalsium dan semua jenis Vitamin B, Vitamin C dan pelbagai Mineral.
- Membaiki Sistem Pernafasan (Lelah)
- Menurunkan Paras Gula Dalam Darah dan Membaikpulih Fungsi Pankreas
- Menyalesaikan Masalah Resdung/Alahan
- Membaikpulih dan Membina Sel-sel Tubuh
- Mengeluarkan Toksid/Keracunan Dalam Badan
- Menambah Oksigen Dalam Badan
- Menghancurkan Lemak Dalam Badan

Gac: Mengandungi 70 kali ganda lebih Lycopene berbanding tomato, 10 kali ganda lebih Beta Carotene berbanding lobak merah. Ia melembut dan melicinkan kulit serta mencerahkan mata
- Mencegah Strok, Barah & Jantung
- Mengawal Gula Dalam Darah
- Mencegah Kanser Prostat
- Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan dan Penyakit Alzheimer
- Pengawalan Kolesterol

eXfuze juga mengandungi Chaperone molecule:
WATER OF LIFE
(Ultra-Purified Funtional Water)
Sebagai asas untuk menggabungkan semua ‘Superfood’ yang terhebat ini, eXfuze telah menggunakan Air ‘Functional’ yang tulin di dalam Seven+. Air yang seakan-akan sama dengan cecair yang terkandung di dalam sel-sel manusia yang sihat. Dengan nilai PH yang lebih tinggi, ia amat mudah diserap ke dalam badan.

So, apa tunggu lagi dengan khasiat yang anda dalam eXfuze 7+ ini! kalau berminat boleh whats app/contact saya di:

012-7600048
email: nurhanani.hakim@gmail.com

Terima kasih :)

22 December 2012

Buku-buku Medic Tahun 1

Assalamualaikum semua:)

Pasti masih ada antara korang yang tercari-cari kan,buku apa lah yang perlu digunakan untuk pembelajaran tahun 1 dalam bidang perubatan.

Haa,meh sini kita share meh. Memandangkan kita study Medic dekat UPNM, untuk tahun 1,kita belajar  Anatomy, Biochemistry dan Physiology.

Ada jugak subjek universiti yang wajib kitorang ambil contohnya, Kenegaraan yang diajar oleh Prof. Ridhuan Tee.. Kenal tak? Ala,yang selalu masuk tv tu.hihi. Takkan tak kenal kot.

Ni la Prof kitorang yang ajar kenegaraan :)

Selain tu, ada jugak subjek seperti English in communication dan Early Cinical Exposure.

So berbalik pada buku yang perlu dibeli, bagi subjek Anatomy kitorang guna buku yang banyak gambar. Anatomy ni, kita perlu banyak mengingat tubuh badan manusia. Dari kepala,badan sampai kaki habaq ang!  Nama pun anatomy kan.hihi.
Atlas of Human Anatomy, Netter

                                                       Clinically oriented Anatomy, Moore

But usually our lecturers will give us lecture notes, and we just refer to their notes la. Memang kena rajin membaca because we deal with human tau. Atau nya pun kita bekerja dengan tubuh badan manusia. lain macam engineer, belajar pasal bangunan,takde nyawa. kih kih kih.

Next,Biochemistry. Kita guna Lippincott. Bagus buku ni. Simplest way for us to know about molecules in our body. Baca buku ni, memang kita faham la. Since dia explained the mechanism. All those tiny things la.
Biochemistry, Lippincott
Next Physiology. Sherwood Yeay! Sebab penulis dia ada nama Sherwood. wakaka.
Human Physiology, Sherwood.
Semua buku-buku ni, Professor kami yang sarankan untuk bacaan tambahan.
Pastu kan, masa lecture tu dengar la,jangan tido. Sebab input-input penting sangat berguna time tu ye adik-adik,kawan-kawan sekalian:)

Notes lecturers pun sangatlah membantu. Hihihi. Kalau ada lecturer yang ok, mereka akan beritahu hints. All of them are very experienced lecturers and doctors tau.

Ha lupa den nak kabo, buku-buku ni boleh la di beli dekat Kamal Bookstore. Ala,depan Hosp Kuala Lumpur(HKL) tu. So,Kamal bagi la royalti sikit. Da promote ni. Hehehe. (saje je gurau)
Ni peta dia. Google pun boleh:)

Buku-buku yang dijual semua about medicine and health. Murah la kalau nak beli daripada beli  kat kedai buku ternama kan. Banyak pilihan. Cakap je nak buku apa, nanti uncle kat situ carik kan. Dorang beli bundle agaknyo.

Ok la. Selamat membuat pilihan bakal-bakal doktor sekalian. InsyaAllah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua!

Assalamualaikum! :)

20 December 2012

Year 2, Semester 1

Assalamualaikum semua :)

Bertemu lagi kita dalam blog ini! Mintak maaf banyak banyak sebab dah lama tak update since habis final exam tahun 1 kan? Untuk pengetahuan semua, saya sudah berada pada tahun 2 bidang perubatan ni.. hihi...
banyak nak kena study. Seriously.

Being a doctor, you need a continuous supplements for your brain you have to feed them. Tau? That's mean,kena update penyakit terbaru, kena rajin membaca,and so on lah. That's what my Prof. said  to us.

Saya dan ezry :)

So, along my journey in year 2 ni, I have learn so many things tau. Dari segi akademik, and ketenteraan. Yeah! Kami belajar menembak pistol! Yeayy. Kami menembak guna peluru hidup tu dekat lapang sasar. Seriously best!:) hihi...

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bertanyakan di sini.hihi.. Saya perlu belajar.Oh tidakk. Ini pun sebab saya bosan sebentar bersama bahan bacaan. Esok ada test weyyhhh.
Ohh noooo!! Doakan saya berjaya tau!!
Assalamualaikum:)

Kalau nak tahu lagi, boleh tengok dekat  blog ini :)
Love you all!!


25 July 2012

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua:)

Result telah diumumkan hari ni.... Dan Alhamdulillah,aku lulus! Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian alam...

Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapa ku atas doa dan restu kalian.... kepada keluarga ku semuanya..yang banyak berdoa untuk kejayaan ini.. Sokongan kalian tidak terhingga..Alhamdulillah atas kehadiran kalian dalam hidupku..

Seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan atas semangat mencurahkan ilmu, penat lelah siang malam memikirkan ragam kami, memikirkan cara yang sesuai untuk kami menerima ilmu dan banyak lagi telah kalian korbankan.. Alhamdulillah Ya Allah kerana telah memberi kami pendidik yang begitu dedikasi dan komited dalam tugas mereka.. Yela,kami merupakan batch pertama Fakulti ini.Sudah tentu banyak cabaran dan dugaan dalam mendidik kami... Thank you once again Lecturers!

Ucapan terima kasih yang tak terhingga jugak kepada rakan-rakan ku...Kalian lah peneman aku study, peneman suka duka kehidupan di universiti ni..

Tahniah kepada yang lulus.. dan kepada yang kurang berjaya, kalian nak menangis, menangis lah sepuas-puasnya.. tetapi bangkitlah kembali berjuang..Kerana aku pernah melalui saat genting itu..Cukup sakit,pedih... Tetapi ingat,Allah ada bersama kalian..Keep on berusaha dan bertawakal... Miracle will happen..InsyaAllah selagi ada usaha,ikhtiar,doa dan mengharapkan hanya pada Allah sahaja...Jangan putus asa tau sahabat.

Bagi orang-orang yang lulus,itu juga satu nikmat dan ujian yang Allah beri. Dia hendak melihat sejauh mana kita bersyukur kepadaNya.. Jangan lah bersikap riak dan takbur..Ucaplah Alhamdulillah.. Teruskan usaha kita ye kawan-kawan..

Kepada Ain, Zera, Annur, Siti, Sherin, Sya, Nisa, Yaya, Adik, Alya, Sue, Ziemah, Shari, Nana, FNJ, Fiqah, Hani, Mimi, Pia, Asilah and Muni:
Thanks atas bantuan korang secara langsung mahupun tak langsung..Terima kasih kerana menceriakan kehidupan kat sini.. Ingat,kita akan bersama susah senang lagi 4 tahun lebih.. Sama-samalah kita menempuhnya bersama-sama...

Kepada guys: Sahlin, Wafi, Fitri, Selvan, and all my comrades, thanks a lot for all your kindness, bantuan dan tunjuk ajar.. yes, we will face all the obstacles together in the coming 41/2 years.InsyaAllah...

To Ezry:
Thanks a lot,lot,lot,so much,..Lepas aku dapat tau result Sem 2 aku ada gagal, aku terus tak contact dia. Kesian dia tak boleh fokus study..Bukan aku tak nak contact dia,tapi aku malu dengan result aku yang teruk tu. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia.. Aku cakap kat dia, aku mungkin akan fail untuk tahun 1 dan aku dah get ready remedial.. tapi dia still bagi aku semangat, nasihat, pujuk aku supaya aku terus berusaha. Walaupun aku banyak sakitkan hati dia. So sorry.. Mungkin aku takde rezeki untuk lulus sem 1 dan sem 2.. tetapi Alhamdulillah,Allah makbulkan doa-doa ku.Alhamdulillah..Aku lulus untuk kali ini..penentu untuk ke tahun 2.Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Sama-samalah kita berjuang dan memberi semangat each other sampai tahun 5, grade and komisyen and paham-paham la sendiri ye.

Sesungguhnya Allah tak akan membebani hambanya dengan bebanan yang tak mampu dipikul.
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah.
Sungguh indah ujianmu Ya Allah, Sungguh indah Cintamu Ya Allah yang kini aku rasakan.. Alhamdulillah...

"Ya Allah, increase us in knowledge while keeping us humble". Amin...

ALHAMDULILLAH atas nikmat ini Ya Allah....Subhanallah! Dan percayalah bahawa nothing is impossible.. :)

24 July 2012

VIVA (It's a miracle from Allah)

Assalamualaikum...

Firstly,dengan rasa kesyukuran aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam..Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan yang penuh barakah ini...

Professional Exam(Pro Exam) aku baru je lepas.. Berakhirnya Pro Exam tu maknanya untuk Tahun 1,aku dah melalui 3 peperiksaan besar.. Final Sem 1, Final Sem 2 dan Pro Exam...

Result Sem 2 dah keluar before Pro Exam,and aku kecewa dengan result aku... Aku menangis merayu,berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ku dan ada lagi doa doa yang aku mohon(mungkin korang tak perlu tahu,antara aku dan Allah) 

Dan aku sedar,hidup tak selalunya di atas..Kadang-kadang kita juga perlu merasa bahawa kerdilnya kita di muka bumi Allah ni. Ya,hidup ibarat roda..Berputar dan sentiasa berputar..Mungkin juga seperti Bumi,sentiasa berputar mengelilingi matahari membezakan siang dan malam..

Pada hari nama-nama pelajar yang kena VIVA diumumkan,nama aku tiada dalam senarai.. Nama-nama yang ada dalam senarai VIVA itu adalah nama-nama yang boleh mendapat distinction atau untuk borderline.. Dan sudah tentu nama-nama yang tiada disenaraikan mungkin lulus atau gagal..So nama-nama tu akan diuji keesokan hari.

Aku menganggar sekiranya nama aku tiada,adakah aku di kalangan yang gagal itu? Malam tu,aku menangis sepuas-puasnya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku pada ketika itu. Fikiran negatif sering bermain di fikiran ku dan tiada lagi optimis dalam diriku.. Aku hanya mampu menangis dan berdoa. Berdoa dan bertawakal kepadanya.. Tiada harapan bagiku,walaupun result sebenar belum diumumkan... Ezry keep motivating me,keep advised me.. But I rather opposed and denied it. Aku cakap fikir logik lah.. Sem 1 and Sem 2 aku teruk.. Macam mana nak cover Pro Exam aku....

Dan miracle daripada Allah berlaku... Ya, Allah Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang..Semua Zat hanya padamu Ya Rabbi, 99 Asmaul Husna semua nya pada Allah...Subhanallah Alhamdulillah. Sungguh indah ujian Allah...Alhamdulillah..

Pagi semasa pelajar diuji VIVA,Hasinah called aku.. 
'Nani,nama ko ada dalam VIVA Biochem. Cepat siap, bawak buku study dengan kitorg'..
Perkataan yang hanya aku sebut hanyalah Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Serious,semalam aku check nama aku,memang takde..
Aku segera bersiap dan study dengan kawan2 ku. Rupanya nama aku tersilap letak.. Aku tak buat apa apa preparation pun malam before VIVA tu.. Aku nervous.. Aku tak yakin dengan VIVA ku..Aku cuma bertawakal kepada Allah selesai diuji tadi.. Ya Allah lembutkan hati examiner tersebut.. Amin....

Balik je dari VIVA,aku menagis lagi,menangis dan terus menangis.. Aku takut dengan jawapan yang aku berikan tadi,.Dengan mata ku yang sembab akibat nangis malam sebelum VIVA, dengan keyakinan yang tipis semasa VIVA,aku hanya mengharap bantuan dan pertolongan Allah..Semoga Allah permudahkan urusanku dan rakan-rakanku yang lain..

Dan esok,menentukan penentuan sama ada aku akan remedial atau lulus semua nya... Doakan yang terbaik untuk ku dan rakan ku kerana esok keputusan kami akan diumumkan.... 

Barakah Ya Ramadhan..Semoga kebarakahan bulan Ramadhan yang mulia ini akan mempermudahkan segala urusan pelajar-pelajar perubatan batch pertama ini.. Amin Ya Rabbal Alamin.....

Sesungguhnya Allah ada bersamamu kemana jua kamu berada... Subhanallah... Ya Allah,aku cinta padamu..Alhamdulillah Ya Allah..... Permudahkan kami untuk ke Tahun 2 nanti...