My fantastic followers!:)

13 November 2011

11.11.11

 Selamat Pengantin Baru Cik Farhan:)
Dia nikah 11.11.2011
Majlis sebelah perempuan 12.11.2011
Sori Cik tak dapat nak datang majlis sebelah lelaki sebab dah ada dekat U :(
Semoga berbahagia hingga ke syurga!
InsyaAllah.



Selamat sambung belajar balik lepas Cuti Raya Haji semingguuuu!! :)
Assalamualaikum:)

08 November 2011

Nur Hanim binti Hakim

Assalamualaikum everyone!
SPM just around the corner kan? :/
Cuak tak,cuak tak?
Mesti la cuak kak!!

Ok,tahun ni, 
Anim akan menduduki SPM :)
Nur Hanim binti Hakim 
Sek Men Sains Tuanku Ja'afar N. Sembilan

Anim, all the best ok?!
We all know you can do it!
Straight A's okayy?
InsyaAllah. 
Mak and Abah also pray for you la sis. 
Don't worry, baca doa banyak-banyak,
Allah sentiasa ada untuk membantu mu.

To all sisters dekat Sekolah Tun Fatimah,Johor Bahru sana,
All the best juga! 

Candidates SPM:

1) Baca doa banyak,selawat,Al-Fatihah. Baca doa penerang hati mudah-mudahan dipermudahkan menjawab.

2) Minta maaf kepada orang sekeliling terutama kedua ibu bapa,keluarga,guru-guru dan rakan-rakan.

3) Sekarang ni, just baca nota pendek. Baca buku Sejarah tebal-tebal tu buat masa genting ni,mungkin susah nak masuk dalam kepala kan? 

4)Add Math and Math buat revision.Ingat balik macam mana nak solve kan question. Format and teknik soalan sama je, dia cuma tukar bentuk soalan je. Teknik nak jawab still the same!

5) Jangan lupa baca Quran!

6) Call parents everyday.Minta restu,dan doa mereka.

7) Jangan tido lambat sangat. Breakfast sangat penting!

8) Sometime, cikgu-cikgu kita ni involve dalam pembentukan soalan,guru pakar semua kan. Mana yang ditekan kan tu, ambik perhatian sepenuhnya. Mungkin yang tu la akan keluar nanti. Serious!

9) Tenang semasa jawab peperiksaan. Jangan gelabah dan gabrah. Kalau gabrah kan,take a deep breath,lepaskan slow2. Baca doa mintak jauh daripada gangguan syaitan.

10) Jangan sibuk nak bincang jawapan lepas jawab soalan, nanti ada terganggu emosi untuk next paper.

Tu je la serba sedikit nasihat. 
Serious teringat balik time first day SPM! Cuakk! sejuk2 tangan ni. :/ Nasib baik dah lepas..

Last but not least,selamat berjuang ye adik-adik! <3 Make your family proud of you!!

10 October 2011

ILY!

Assalamualaikum:)

Sekarang sudah masuk minggu ke-4 akademik!
Serious,banyak nak kena cover.aiseyh.
Kena banyak focus.

Sabtu and Ahad lepas kitorang menembak dekat lapang sasar!
Seronok!!
Pastu ada team ladies.lawan,lawan,lawan.
Kitorang dapat no 2.
Mantap tak?
heh:)
No 1, mestila guys.
TAHNIAH anyway,

Eh,tajuk macam tak kena je kan. ape-ape je la. Otak nak study sebenanya. Tak terlintas pun nak update blog ni.
Bai Assalamualaikum:)

01 September 2011

Salam Lebaran!

Assalamualaikum!
Alhamdulillah sempurna sudah puasa dalam bulan Ramadhan.
Semoga segala amalan diterima Allah hendaknya. InsyaAllah.
Dalam bulan Syawal ni elok lah puasa enam.
Banyak fadhilatnya..

Hmmm... Raya tahun ni Alhamdulillah meriah!
First day raya dekat rumah atok di Muar, Johor(kampung sebelah mak)
Malam 2nd day raya baru balik Segamat untuk beraya di kampung sebelah abah.

Anyway,Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.
:) :) :)
Selamat beraya dan mengumpul duit Rayaaa! 
Assalamualaikum:)

13 August 2011

Sunday swing

Assalamualaikum!

Semoga hari ni lebih baik dari hari semalam ye. Hari ni dapat outing sampai 1900H sahaja.Tak seronoknya.Semalam sampai pukul 2200H.Hmmm... tapi kita kena tetap bersyukur kan dengan nikmat Allah.Dapat outing daripada tak de langsung..Alhamdulillah.

Alahai jelesnya mereka yang ber outing.Mencuci mata dengan pemandangan indah ciptaan Allah tapi aku dok terperap dalam bilik layan laptop sambil mendengar alunan ayat suci Al-Quran. Indahnya setiap bait-bait Surah Al-Baqarah ni...

Takpe,takpe. Bak kata Ezry 'anak dara tak baik keluar'. Ha,yela Ezry.aku duk bilik la ni jadi suri rumah. Kihkih. So aku pun tak keluar lagipun kalau keluar takde arah tujuan,baik stay sahaja.Lagi selamat!
Hmmm.Tido pun bagus juga. Tapi bila tido lama sangat rasa pening pula kepala ni. Nak shine kasut macam malas,.nak kemas bilik,dah ok jugak la bilik aku ni. Kenapa lah kemalasan muncul time bulan puasa ni. Shuh wahai Mr Malas!What I hate the most.haha.

Esok tak tau la jadual untuk Whiskey Warrior ape dia. Bulan 9 dah nak masuk fakulti. Mesti pack gila jadual. Mesti dah takde masa senggang macam ni. Mesti susah dah nak keluar outing( macam Fitrah cakap,dia roommate aku) 'Nani,baik kau outing.Nanti ko dah masuk fakulti susah dah nak outing.Nak study'. Bila aku fikir balik,betul jugak cakap Fit.Masa tidak akan berulang lagi..

Entahlah. Mood pun swing! Kenapa entah. Pernah tak kau rasa kau suka someone tapi kita tak tau whether dia suka balik kat kita ke tak. Pernah tak?pernah kan? Haaa. 
Kalau suka sama suka.Yes What I like the most.Bila rasaku ini rasamu:)

Tapi biarkan sahaja perasaan ini.Kalau dilayankan,memang tak stabil la mood ni sampai tak sudah weyyy. Tapi at least kita dah berusaha.Yes,jodoh ketentuan di tangan tuhan.Tapi tanpa usaha takda maknanya..

Bukan apa,selain Allah,keluarga sometimes we need someone yang boleh jadi burning desire kita untuk berjaya.Kan? What we called moral,moral,moral. Ha,baru semangat nak ber study:) Orang yang memberi galakan kat kita,orang yang akan menjadi peneman saat susah dan senang, yang akhirnya akan menjadi soulmate kita suatu hari nanti.. Heeee(^_^)

Hanya berdoa supaya jodoh berkekalan apabila merasa dia jodoh kita... Yela kalau dah declare suka sama suka,doa lah banyak2 supaya jodoh tu berkekalan.Kan?

Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,

Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen

Dah,dah, Kalau nak bantu roger la ye:) Thankie!nak sambung dengar ayat-ayat Al-Quran ni. Assalamualaikum:)

12 August 2011

IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN (ZM00)

TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SESI AKADEMIK 2011 / 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari telah dipilih untuk mengikuti Program Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2011/2012.Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:

No pendaftaran : 2110***
Status pelajar    : Pegawai Kadet
Program Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan (ZM00)
Tempoh Pengajian : 5 Tahun
Tarikh pendaftaran : 7 September 2011 (Rabu)
                                2.30 petang-4.30 petang
Yuran pendaftaran  : Dibiayai oleh Kementerian Pertahanan

Sebarang pertukaran program adalah tidak dibenarkan. Sekiranya..... bla bla bla.. (malas den nak taip balik,kejang dah tangan ni. hehe)

Alhamdulillah,Syukur Ya Allah atas segala limpahan rezeki yang telah kau berikan kepadaku...

Tahniah untuk rakan2 seperjuangan yang dapat meneruskan pengajian di universiti ini:) 

Tahniah untuk beliau yang dapat jurusan Kejuruteraan Mekanikal (ZK08) Allah dah makbulkan doa beliau:) kihkih.

Ha,semalam hari jadi beliau:) Dah wish dah.Yeay!tapi tak bagi hadiah lagi.nanti,nantilah ye.Ampun.Dah duduk dalam U ni mana la nak dapat keluar kan.So tungguu ye!haaa.

Lepas tu kan,hari raya tahun ni bertambah meriah lah dengan kehadiran adik,Nurhana Aisyah. hee tak sabar nak jumpa adik.Tunggu kakak balik tau!

Ok lah.Malas dah nak update belog ni.Assalamualaikum. :D

08 August 2011

(^_^)

Assalamualaikum orang-orang kampung!

Nak cerita,nak cerita ni.

PT(physical training) pagi tadi amatlah syoknya.Sebab apa?sepanjang PT aku dengan Yaya punya la seronok-seronok berlari sambil tersenyum pastu berborak.Sampai Staff Alfian tu berhentikan kitorang.
'Eh kadet,korang berlari ni boleh tak series.Kenapa ada yang borak2?Nak benda lain ke nak PT?'
Kitorang pun jawab, 'nak PT stafff!!' (confirm2 lah jawab nak PT,nanti dia tukar channel crawl satu padang,tak ke loya-loya tekak ni.Zaman puasa kan.hehe)

So,untuk orang yang PT pagi tadi dengan aku tu,sebenarnya aku dengan Yaya lah borak2 tadi.hehe.Ampun. Tapi tak tau la ada orang lain borak sekali kan. Bukan apa. Tak nak mental time lari-lari. Nanti ada yang pengsan bulan-bulan puasa ni pulakkk! Series happy betul PT pagi tadi:) Takde mental-mental! Cool je rasa:) tapi tipulah kalau tak penat. Semputtt bhai!Ahah.

Masa mula-mula PT, agak penat lah.tapi dah nak last2 tu jurulatih bagi sikit2 je.. Sangat syiokkk!

Pastu untuk bakal2 pelajar perubatan kitorang ada ukur white coat untuk fakulti nanti. Ibu bapa akan dijemput untuk white coat ceremony. Mak aihh.Ada ceremony somemore!Yela.Intake sulung yang ada pelajar perubatan.. Semoga semua pelajar perubatan diberikan kejayaan dalam bidang yang diceburi hendaknya dunia dan akhirat.Amin:)

Pastu nak tambah sikit tadi best betul berjumpa Sahlin dengan Ezry!Kawan karib aku la dekat universiti ni. Sangatlah best kawan dengan dua orang ni!Tadi amik gambar berpuluh-puluh macamlah dah tak duduk dekat sini lagi. Kihkih. Posing sana,posing sini.Last-last view gambar balik,pose yang sama. Muahaha. 

Nanti lah ada masa jumpa lagi kita upload gamba kitorang dekat pejabat Fakulti Perubatan tu eh:) Stay tune!!Nak tidur dahulu.Petang ni ada kelas pulak. Assalamualaikum!

03 August 2011

Alhamdulillah!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah!
Tadi pergi usha pointer Semester 3 dekat Ma'am Aniza.
Alhamdulillah! Impian untuk memiliki 4 rata dikabulkan Allah.
Subhanallah,Alhamdulillah.
Bersyukur tak terkira...
PNGK 3.80 dan
 InsyaAllah impian untuk menjadi pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
akan tercapai,.

Come on Nani.Berusaha dengan lagi gigih untuk menjadi
seorang doktor yang berjaya.,.
Kepada kawan-kawan yang lain
teruskan usaha korang tau..
Sesungguhnya berdoalah banyak2 kepada Allah,
InsyaAllah.Dia akan memakbulkan setiap permintaan kita!


‎"If God answers your prayer, He is increasing your faith.
If He delays, He is increasing your patience.
If He doesn’t answer, He knows you can handle it"

02 August 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah sudah hari kedua berpuasa.
Ada masa free la kan sebab tak boleh nak bertarawih sekarang ni :p
Awal-awal lagi dah spoiled.aiyaakk.
Dah Allah bagi cuti nak buat macam mana.
hehe..

So life kat sini macam biasa.
Latihan still diteruskan walau letih macam mana sekali pun.
Ye la kehendak perkhidmatan..
Bila nampak buah kelapa dah terbayang macam air jambu,air cincau,air batu campur dan ape-ape airlah.
Macam-macam ha terbayangnyaa. Pastu bila pergi Bazar Ramadhan pulun nak borong semua makanan kat gerai macam esok takde lagi.hehe.. Yang penting,nafsu beb! ;)

Hmmm. 
InsyaAllah 10 Ogos ni keputusan rasmi ke Ijazah Sarjana Muda akan diumumkan,
bagi pelajar asasi 2010/2011.
ALL THE BEST to all!
Semoga pilihan yang diidamkan selama ini tercapai hendaknya.
Kepada beliau yang nak amik Mechanical Engineering tu GOOD LUCK eh! :)
Semoga kejayaan milik bersama.InsyaAllah...

So,so,so sepanjang Ramadhan ni kan,
banyakkan amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah yang Esa..
Tadarus,Tarawih,solat berjemaah,sedekah dan sebagainya..
InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan walau sekecil zarah akan mendapat balasannya...
Bersama-samalah kita nasihat menasihati agar sama-sama mendapat keberkatannya.Amin..

Last for now, 
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
Puasa penuh-penuh ye.Nak duit raya takkk?? :p
Baiii! Assalamualaikum :)

11 May 2011

Cuti:-)

Assalamualaikum.

Aku kat rumah kan sekarang ni:-) Kitorang dapat cuti dari semalam pukul 2 petang sampai pukul 6 petang hari Selasa,17 Mei. (Alahai aku tulis date ni pun bukan korang kesah pun kan? takpelah memeriahkan blog katanya.haha.)

Semalam untuk ke sekian kalinya lah kan aku naik bas from KL to Segamat. Bagi korang maybe ni perkara biasa kan.tapi bagi aku and some of my friends,perkara ini luar biasa ye:-) 
'Nani,series la ko nak naik bas? bukan before ni parent ko jemput ke?'
'Parent aku busy bekerja la.Aku tak nak susahkan dorg.:-)'

Bukan apa,orang macam aku ni memang akan dijemput parent bila tiba hari cuti. Sejak dari sekolah lagi.Memang nak balik rumah naik bas,flight,taxi, tu dalam lingkungan 0.01% je la kot.Kirim salam lah:-p hehe. Bukan manja,tapi sort of la. Tapi parent lebih mementingkan keselamatan lah kan.That's why mereka sanggup jemput from Segamat to KL kebiasaannya. Thank you abah,mak,adik-adikku:')

Semalam,naik bas from TBS dekat BTS :-) Beli tiket dgn Cik Nisa.Tiket dia malam, sebab dia ada temujanji dengan orang istimewa dia lah:-) Nak berdating untuk pertama kali selepas mendapat green light parent.Terbaik Cik Nisa,tahniah:-)
So,terpaksa berpisah dengan Cik Nisa dekat kaunter tiket tu.Proses berdiri di kaki sendiri pun bermula!Yeah.Rasa mencabar sebab jalan sensorang.

Kriuk,kriuk~ Lapaqqq!haa.mintak makanan la tu,so aku berjalan2 la sekeliling TBS yg ala-ala airport tu.Series tak tipu.mcm airport walau realitinya TBS tu tempat perhentian bas je kan. Tiba-tiba secara sengaja terjumpa dua mamat hemsem! 
Wak(Syukri Kamsidin) dengan Topek(Taufiq Haron).
'Eh,Wak,Topek,korang balik Segamat tiket pukul berapa?4.30 eh?'
'Ha,yela 4.30.'

Hati kecik ku berbisik riang 'Yeay,ada jugak orang nak balik Segamat. Tiket bas dah sama. Dahla satu kompeni aku,Alpha.Memang terbaik!'
Aku pun ajak dorang makan KFC since aku lapa gile macam nak pengsan.Takut tak sampai Segamat dah pengsan dulu.haha.Ayat nak bombastik je:-p

Dah makan semua,naik la bas.Perut dah kenyang,mata pun kuyu.Tido la aku sepanjang perjalanan:-) And sekarang aku kat rumah menjalani cuti yang series aku suka daripada duduk dekat kem dalam keadaan kebosanan.Yeayyyyy!Alhamdulillah:-)

P/S: 
-Hafiz, terima kasih sebab care:-) Rasa terjaga pula.Weeeee~ Jaga diri baik-baik di rumah ye.
-Skot-skot ku yang lain pula, take care.enjoy la cuti tu puas-puas before start Semester 3.

Ok lah.Nak tengok katun dekat tv.tata~

07 May 2011

CONTEST FOTO SWEET BERSAMA IBU:-)


Just now,sedang sibuk melayari muka buku,
selepas penat study last paper untuk final exam,
tiba-tiba jumpa la satu post dekat news feed.
Sweet foto contest untuk hari ibu,
anjuran one of my skod:-)

So, I'm kinda join that contest.
First time ouh join contest-contest nih.
Jom lah join sekali!
teheee <3

This is my sooo beloved mom! 
Puan Masniah binti Suwardi

'Mak, you're one in a million!!'
Happy Mother's Day
but for me, 
everyday is Mommy's Day! <3
yehhaaa!

Mak,
Thank you for giving birth,taking care,raising me up!
You're super mommy that I ever had!
I love you all my heart,:')

Terima kasih kerana melahirkan ,menjaga,mendidik dan membesarkan
 Nani dan 7 adik-adik Nani yang lain.
Sangat besar tugasmu sebagai seorang
isteri,ibu dan guru.

May Allah bless you and protect you!
Mmmuuuaaahhhhsss!

Last but not least, 
'Happy Mothers' Day'
to all mommy <3

Tagged:

29 April 2011

Final exam Sem 2

Assalamualaikum.

Aku baru je balik in charge duty untuk batalion tercinta kan. Skot duty aku belikan burger spesel kan.pastu kenyang la lepas makan burger tu. Terima kasih la Zahin belikan burger. 
Balik-balik je bilik ni memang lap top dah layout sangat baik.Tinggal on,masuk pasword boleh online.kan senang.haa.

Buat masa ni, 3 kertas peperiksaan selamat dijawab. Biology 3, Biology 4 dan Kimia 3. Wahh. 3 paper yang agak digeruni berjaya dijawab! Yeay,. Semoga Sir Farid, Sir Shafiq dengan Dr Ong tanda kertas aku dengan tabah. Entah apa-apa je aku merepek kan. Tapi tak  de la merepek sangat ok. aku jawab dengan jujur dan ikhlas. Cheh. Yang penting aku revise banyak tapi soalan ciput-ciput je keluar. yang dok menghafal banyak susah, tak mau keluar pulak. sakit otak den lagu ni. 

Tapi series la aku merepek paper Sir Farid. hua hua hua. entah apa-apa generation entah aku hasilkan dalam dihybridisation dengan hybridisation.padahal dah belajar kan time tadika dulu? aku tak tau la kalau aku punya cross yang aku buat tu keluar pokok ape. semoga betul lah apa yang aku cross kan tu. pastu merepek apa entah pasal DNA recombinant. DNA suka sakitkan otak tau. merajuk ah mcm ni. tapi disebabkan anda akan digunakan masuk fakulti nanti takpela. aku bersabar je la.

Pastu paper Dr Ong pulak tak tau second law thermodynamic.lagi merepek.memang terbaik. potong markah dah. Carry mark kimia 3 dah la rendah je. Risau betul la kimia ni.. Dr Ong mesti sedih nanti tanda paper aku. Ber 'tabah' ye maam. Saya da buat yang amat terbaik untuk maam.

Pastu next paper pulak on 5th may kan.Statistic kan? lepas tu English dan Physics. Memang Semester ni belaja Subject sciences.
Ha,akhir kata: Selamat menjawab lah kawan-kawan semua. 
Esok pulak ada outing. Tak tau nak pergi mana kan. tak de org ajak dating. sob3 :-(
semoga esok jadi hari yang best lah. Bye.

14 April 2011

UPNM nah:-)

Kuiz sudah habis:-) Now,time utk final exam!  So,I want to take this ample time to share with you guys with my boutique university (UPNM)

Korang memang tau kan UPNM ni salah satu tempat utk melahirkan bakal2 pegawai tentera selain KTD, KTU etc. utk benteng pertahanan negara:-) 

Yes, I know, ramai yg bercita2 nak pergi oversea,same goes to me.Nak pergi Mesir amik medic tp parents x kasi. There's a big risk taking medic oversea, rusuhan kat mesir baru2 ni kan.lagi satu jauh dgn parent.If anything happen,parents susa nak visit.kan?  Lagi satu, umur muda lagi.. 
There's a reason for something happened, isn't?Kalau rezeki memang kat sini,redha jela as long as I become a doctor soon.InsyaAllah,amin..

Tak salah nak study oversea. Rezeki korg kan:-) You can gain a lot of experiences!Absolutely! Tapi, kalau join armed forces, you can go to oversea too! Lebanon, Afghanistan, US, and a lot of country that you can treasure and waiting for you! If you are taking medic here, you're needed to serve for people either in Malaysia or oversea. Sometime, you have to join them for their course etc. So,sambil menyelam minum air. sambil ikut kursus, jadi dr utk tentera2 ni, sambil tu boleh tgok negara org:-) Am I right?Actually, tak kisah amik course apa kat UPNM ni. InsyaAllah dlm perkhidmatan nanti,bila2 masa diperlukan korg akan dipanggil utk course ke oversea:-) So,kena belaja rajin2 lah! begitu juga sayaa:-)

That's what my parent said, " X pe nani.. Nani belaja kat dlm negara pun ok. Mana2 belaja pun,tetap jadi dr jugak. Tak study oversea,tp mana tau nanti dlm perkhidmatan tentera,dr utk ke luar negara diperlukan.doa je byk2."  InsyaAllah. 
Rezeki tu Allah da tentukan,kan,kan? Alhamdulillah.. Memang la study sini org ckp letih,penat.. tapi,your determination,passion and mind control everything! If your mind said NO,of course your body doesn't work well! Just think positive=) 

Ok,if anyone,my adik2, want to ask me.Fell free to do so:-) InsyaAllah mana yg mampu boleh la share sikit2:-) Good luck in your future undertaking esp adik2 STF yg baru lps dpt result SPM tu,hehe.. :-) Want to know more? Click here!  :-D

09 April 2011

Ohh laaa.

Final exam na dekattt wehh.study2:-)

Jadual Final Exam:


26/4 Selasa Bio 3 2.15ptg
27/4 Rabu Bio 4 2.15ptg
29/4 Khamis Kimia 3 9pg
5/5 Khamis Statistik 9pg
6/5 Jumaat English 9pg
9/5 Isnin Fizik 9pg


Doakan final exam saya eh kawan2:-)

Eh orang kat sana,good luck final exam jugak. kita kan sama2 nak masuk fakulti!awak engineering saya medic! hahaha. *gedik*

Duty Honour Integrity
Kewajipan Maruah Integriti!
tetibe ada moto UPNM pulakk dahh;-p

14 February 2011

Salam maulidur Rasul:-)

Selamat menyambut maulidur rasul:-)
Banyakkan berselawat ke atas nabi.
Semoga  beroleh manfaat dan kebaikan:-)
InsyaAllah.

03 January 2011

Sem 2 da start

Semoga Semester 2 ini memberi lebih kecemerlangan
utk mendapatkan dean list lagi.
amin..

Kwn2 study rajin2 ye.Semoga kita semua beroleh kecemerlangan dlm apa jua yg diimpikan.amin..

OK2.Sem 2 kali ni ada 7 subjects:
  1. Chemistry 3
  2. Chemistry Lab 1
  3. English for Academic Reading
  4. Basic Physics in Medicine
  5. Biology 3
  6. Biology 4
  7. Intro to Statistics
So,kena study hard.x mau buang masa lagi:-) InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Doakan saya ye kwn2.Semoga kita mencapai kejayaan bersama2.

Jumaat smpi Ahad lepas kitorg kan dpt weekend.So jln2 dgn family,mkn2 dkt pizza hut.,series happening,Alhamdulillah.terima kasih Allah kerana dikurniakan ibu,bapa dan adik-beradik yg bahagia.Semoga kebahagiaan keluarga ku berkekalan ke Syurga Al-Jannah..amin..

Anyway Happy New Year 2011