My fantastic followers!:)

29 November 2010

LKU

SELAMAT BERJUANG kpd peg.kadet UPNM:)
Semoga diberi kesihatan, ketabahan menjalani latihan2 tersebut,.
huhuhu... lepas ni hitam la balik muka aku..
aiseyhhh..


LKU tu latihan ketenteraan umum:)

16 November 2010

Happy Eid Adha everyone:)

I wanna wish all of Muslim and Muslimah out there
HAPPY EID ADHA..
May we get Allah's bless and rahmah.InsyaAllah..

Teringin nak pergi Haji and Umrah with my parents,family and Him...
Oh Allah,please fulfill my wish..amin,amin,amin..

12 November 2010

MUET :/

Tomorrow will be my reading,listening and writing 
for Malaysian University English Test (MUET).
Seriously,my vocabulary is not as good during my high school year.
Da lama x speaking kot,tu pun during English classes je.
Hopefully I do well in the examination tomorrow..
Braviaa!!


02 November 2010

Final exam...

amik2 gamba time bosan2 berstudy:)

Jadual Final Exam Z0080-Asasi Perubatan Pertahanan
FKA0212 KIMIA 1 8/11/2010
FCS0712 LITERASI KOMPUTER  9/11/2010
FMA0114 MATEMATIK 1 10/11/2010
FLA0613 FOUNDATION ENGLISH  11/11/2010
FKA0223 KIMIA 2 12/11/2010
FQA0413 BIOLOGI 1 22/11/2010
FQA0423 BIOLOGI 2 29/11/2010

Doakan saya mudah menjawab soalan2 exam ye:) kepada rakan2 yg lain,All the best!InsyaAllah.dipermudahkan segala urusan..

06 October 2010

I like this!

Wahai Maha Pengasih…
Jika aku jatuh cinta, benihkanlah cintaku kepada seseorang yang
melabuhkan cintanya kepadaMu agar bertambah kekuatannya untuk
...mencintaiMu,......

Wahai Maha Penyayang…
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati orang yang
hatinya tertaut kepadaMu, agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta
yang murah,

Wahai Maha Penyayang…
Jika aku rindu, rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu agar aku tidak lalai merindui syurgaMu…......

aminn...

For them who are in and who wanna make themselves involve in L.O.V.E:)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

14 September 2010

Rayaaaaa 2010

Happy Eid everyone!!

ampun salah silap..
dah lama x update blog.
dah berhabuk zaman paleolitik haih.
 
papepun Raya this yer sgt masyuk:D 
Alhamdulillah,fun!
Allowance masuk lagi.
RM 4+++
dpt beli macam2:)
 duit raya dpt lagii.
terbaik kann.:)

Last sebelum blog diupdate mungkin lagi 3 tahun,
Selamat bergembira di bulan Syawal ni.
yang mana ada exam,good luck!
yg mana ada assignment,buat ye.

p/s:nak tgok gamba sila pergi ke facebook saya lah.:D

14 August 2010

Heal your soul and mind!

I Lay My Love On You lyrics

Just a smile and the rain is gone
Can hardly believe it (yeah)
There's an angel standing next to me
Reaching for my heart

Just a smile and there's no way back
Can hardly believe it (yeah)
But there's an angel, she's calling me
Reaching for my heart

I know, that I'll be ok now
This time it's real

I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you

I was lost in a lonely place
Could hardly even believe it (yeah)
Holding on to yesterdays
Far, far too long

Now I believe its ok cause this time it's real

I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you

I never knew that love could fell so good

Like once in a lifetime
You change my world

I lay my love on you
You make me feel brand new
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you

I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you

I lay my love on you
You make me feel brand new
You open up my heart
Show me all your love, and walk right through
As I lay my love on you

As I lay my love on you

Ramadhan at University:)

Firstly, nak wish 
Selamat menyambut Bulan Ramadhan:)
dah hari ke-4 puasa kan??
  Skrg puasa kat U.
last year,last year dan last year puasa kat sek.
berbeza sgt2.
huhuhuhuhu........

nah,tgk gamba ni:)
 
member company
Yaya n FNJ:)
kitorg hari2 gi Bazar sama.
haaa.Igt kat kem x de bazar ke?;-b

 
 Nasi mess.mcm dkt hostel.
ikan keli tu beli kat bazar ok sbagai mknn tambahan:)

 
ni air pulaaa.
straw tu act takde.
saje nak cantikkan cawan tu:)

 ni ladies company Aplha.:)

ni pun ladies company Alpha.
semua ladies company Alpha 11 org:)

11 August 2010

Life goes on.

Test Bio;answered!
Boleh jwb tp x sure btl ke x.
suka bio tp nak hurai2 lemah laaaa weyh.
susah betul nak interpret data.ahah.
maknanyaaaa,kena byk baca,baca,baca
buku BIO tu laaa kan??
Warghhhhhhh!

Esok bangun awal,sahur.
(bajet puasa)
*wink*

baris pukul 5.15 pg,solat subuh kat masjid.
 then baris lagi 6.30 pg.
skrg.nak tido!:)
GOOD NIGHT=D

03 August 2010

usaha lagi Nani:)

Hari ni dpt result Quiz Chemistry.
I got 11/12.
teruk kan?
x dpt full mark??
Tp bersyukur Alhamdulillah.
maknanya Nani kena berusaha lebih lagi!
Go Nani!:)



24 July 2010

Ceritera CINTA:)

Eyyy:)
masa terluang jap.nak update blog yang mcm hampeh;-b
Life as a cadet officer?
agak hectic tp LAYAN~

Muka kat sini hitam+gelap.
huhu:(
mana nak tunjuk muka gelap eh?jap2.
 gelap x?busuk punya mukaaaa.x suka,x suka.

dan rindu muka putih:))
sangat,sangat,sangat!
 
 
ini kawan2 saya:)
comel kan kami:)




even life kat sini hectic,
tapi kami mampu tersenyum..

Enjoy je la life kat sini kan.
InsyaAllah 6 tahun kat sini...
kami nak jadi doktor tentera nanti.
semoga dipermudahkan segala urusan:))
amin.....

*Knp entah tajuk post ni ceritera CINTA.tiba2 terlintas..
tak pe,layan saja:))ok?

03 July 2010

No description.

Oh Allah,
give me strength to face the obstacles.
doctor.doctor.doctor.
InsyaAllah..Work hard Nani.
You can do it,.
Stay Focus!

Sesungguhnya Allah tidak akan membebani hambanya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul mereka dan Allah bersama kita selama mana kita mengingati Allah...:)

21 May 2010

Last but not least

20 May 2010.happy birthday Dayah Kechik.One of my BFF:)
Nak upload gambar mmg lambat la since jap lg nak bertolak.Internet pun lampi mcm gembira je aku nak pergi.Yela,lps ni si internet tak pyh nak memerah tenaga menyalurkan volume nya untukku beronline.Cis!

Utk Si Dayah,thanx for everything,suara merdu kau yg terbaik spnjg abad di STF.mmg hebat x de sape yg boleh challenge suara kau itu:)Rindu kau Dayah.Kemanjaan,kecomelan semua2 yg terserlah dlm diri:)
Suda2,jgn merepek.sekejap lagi nak berangkat ke istana kayangan upnm yg indah..

Kepada BFF ku yg lain; Farie Yusof, Hajar Samdin, Fitriah Khairudin, Alfa Saridan dan Shikin Sa'ay.
Biarlah momentum dunia ni membawa kita pergi berterbangan ke mana2 saja di atas muka bumi ini tetapi hanya satu wasiat ku,tidak akan sekali-kali friendship yg telah disimpul rapi ini terlerai dek kesibukan kita.Gonna miss you guys!Our memories will be kept deep in my heart.mind and soul!Apa aku merepek layan je ok!
Bye2 utk akhir kalinya.Semoga kita bersua lagi di masa lain.Mungkin masa itu,masing2 sudah memegang jawatan pnting dlm organisasi sendiri:)InsyaAllah..
Semoga berjaya mengejar cita2!ILY darling!:)
OFF.

Last

Bye2.
Away for university.
Jumpa lagi.
Gonna miss you blog:'(

20 May 2010

Passion

Thanx to Mr Zhafran for this Golden Words:)
Characteristics of successful people; 
FOCUS,
DISCIPLINE,
OUTSTANDING,
AGGRESSIVE,
SPONTANEOUS,
CONSISTENT,
FLEXIBLE,
LEAD BY EXAMPLE,
LISTEN TO 1 VOICE. 


And this is the meaningful words from my super senior,SK Afidah
u don't have to be supergenius to become a doctor, just work hard and be consistent

InsyaAllah...

17 May 2010

2 nd call;

TAHNIAH!
Anda layak untuk menghadiri Temu Duga Ke-2 Program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2010. Berikut adalah maklumat Temu duga tersebut :-  
No Kad Pengenalan
:
92092001xxxx
Nama
:
NURHANANI BINTI HAKIM
Program
:
S010E0000P - PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH
Pusat Temuduga
:
L16C
    L16-KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ)
   
    JOHOR
Tarikh
:
18 - 05 - 2010
Masa
:
11.00AM
 
"Ya Allah,.ujian apakah yg telah kau beri sedangkan aku telah memutuskan untuk memilih bidang perubatan? Berilah aku petunjuk mu Ya Rahman...Sesungguhnya kau la penentu terbaik kehidupan ku ini. Amin... "

14 May 2010

Selamat Hari Guru!!!

This post is specially dedicated to all my teachers at
SK LKTP KEMELAH and SEKOLAH TUN FATIMAH
juga kepada Mak n Abah:)))

Thank you so much for all the hard work you put forth. It is deeply appreciated!

Please know that even though I don't express often enough, I am so thankful and grateful for all you have done for me. You are the best teachers I've ever had!

"Ya Allah, kau tingkatkanlah kehidupan guru-guruku dengan rezeki yang berkat, kau rahmatilah setiap langkah mereka dalam mencari rezeki keluarga mereka. Ya Rahman, kau bersihkanlah hati mereka, kau kuatkanlah iman mereka, kau peliharalah mereka dari fitnah dan panjangkanlah umur mereka agar mereka dapat berbakti demi agama, bangsa dan negara. Amin"

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Semoga terus gemilang dalam melahirkan putera-puteri cemerlang!

Pengalaman dan pernyataan hasrat;

Nah,apa yg telah dijanjikan nak story psl apa yg aku tulis dlm borang interview guru yg aku x gi.haha.Abaikan apa yang aku repek kan sbb otak dah jammed da lama x bergerak.;-b

1)Secara ringkas sila nyatakan:
     a) Mengapa anda memilih bidang keguruan
     b) Pengalaman anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja

2)Sekiranya anda terpilih menjadi guru apakah yang dapat anda sumbangkan?

1)a) Saya memilih bidang keguruan kerana profesion ini adalah profesion yang mulia. Di samping itu, bidang ini amatlah dipandang tinggi kerana guru ialah insan yang mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan. Tanpa jerih perih guru-guru tiadalah insan yang bergelar perdana menteri, doktor mahu pun peguam. Seterusnya guru merupakan cita-cita saya sejak kecil. Memandangkan ibu bapa saya adalah guru, saya menjadikan mereka sebagai idola saya untuk menggapai cita-cita.
  b) Saya mempunyai pengalaman sebagai pengawas sekolah.Oleh itu, pengalaman yang digarap amat berguna kerana sebagai pemimpin di sekolah sudah tentu kita perlu berinteraksi dengan para pelajar semasa di perhimpunan,memberi arahan kepada mereka dan sebagainya.
Di samping itu, saya mempunyai adik-adik yang masih kecil dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Komunikasi dalam kalangan ahli keluarga amat penting bagi mendapatkan keharmonian. Bagi saya, komunikasi amat penting bagi  menyampaikan sesuatu perkara yang penting dalam sesebuah organisasi. Tambahan pula, profesion perguruan memerlukan interaksi antara guru dan pelajarnya.

2) Jika saya berpeluang menjawat jawatan sebagai seorang guru, saya akan menggunakan peluang tersebut untuk menyalurkan ilmu dengan sebaik mungkin. Saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin.
Berteraskan Satu Malaysia Satu Kejayaan, saya akan berusaha untuk mendidik pelajar saya agar mereka mapan dari segelenap aspek iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek.


Inilah hasil karangan penganggur SPM yg x pergi interview tu.haha;-b

Oh Allah;

Please give me strength in my studies.
Jihad fi sabilillah...
7 days to go.

It's my 100th post in this blog!SYABAS!;-b

12 May 2010

IPGM

Pg yang best ni supposenya aku pergi interview KPLSPM.(Kursus Perguruan Lepasan SPM). 13 May, hari ni la kan??
Tmpt dekat UTHM, Batu Pahat x silap, untuk Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sek. rendah. Maafla sgt2 kepada Tuan/Puan interviewers kerana saya x pergilah interview tu. Saya niatkan lah tempat saya diambil org2 yg berpeluang yg x dpt apa2 lagi.kesian dorg:) at least saya da reservekan tmpt utk sorg pelajar(:

Ok2.Back to tajuk.haha.tajuk apa?Antara sbb musabab la knp aku x gi interview tu.
  1. Parents kata x pyh pergi sbb aku da ada tmpt untuk UPNM.Siap tya lagi nak jd doctor ke guru? Sah2 la aku pilih doktor dah mmg cita2 sejak bayi lagi kan.hahaha.
  2. Lagi, siapa nak hantar gi sana? Segamat-Batu Pahat about 2 hours. Takkan parents nak amik cuti. Takkan nak naik bas sorg2. Mmg x la kan. Keselamatan penting.
  3. Lagi pun, course kat UPNM tu dah bertepatan dan menjurusla ke arah medic kan.So kena struggle dgn lebih la utk menjadi pelajar full colours.haha.entah bila la aku nak dpt full colours la kan but nothing is impossible.
  4. Semua borang da print,da isi da matlamat knp nak jadi guru. Next post aku post pasal karangan aku tu.hahha. 
  5. Walaupun aku x dapat pengalaman interview perguruan ni,at least aku dpt bagi tmpt kat org2 yg masih x da tmpt utk ke U,matrix etc. InsyaAllah niat yg baik:)
  6. Mengikut jejak langkah Fari x pergi interview semalam.hahaha.
  7. Allowances U nnt best!:)
So kpd mereka2 yg interview hari ni,All the best!Teruskan niat murni utk mendidik anak bangsa seterusnya meningkatkan mutu pendidikan negara!:)
Bye2 bidang perguruan....

11 May 2010

Final countdown.

11 days left my dear.
22nd May will come.
Keep yourself calm and set your mind
because you'll find
a beautiful path in front of you!

 That's my Nani:)

09 May 2010

Rahsia solat awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

*Thanx note from one of my friend kat fb tu:) Sama2 kita sampaikan:))

03 May 2010

Alma matter;


I read school 2005 till 2009 magazine again;
and I miss all memories that I treasured there,
I miss Amigas,
I miss Dynamites,
I miss scipping,
I miss suicide,
I miss teachers,
I miss the surrounding,
I miss basketball court,
I miss compound,
I miss dining hall.
I miss 5T.
I miss all!

I missed my prefects,
I was the one sat beside teacher Radziah (left),
7 from left;

I missed Dynamites...
I was the one sat beside Hajar(captain)
5 from right;

I'll visit u ok because I missed you!!

01 May 2010

May it's the best path

I confirmed it and it was my  final decision!
May Allah show me the best path and make me a pious person in this world and my life hereafter.InsyaAllah.Come on girl,you're strong !!Face it tough okay!

So todayyy I followed my parents to 2 wedding ceremonies!Im fulled with super delicious food!ahah:b
BMI not over yet:b
There, I met my mom's friend whose a counselor in her school.Mrs Shida.She wished me congrats for getting upnm and said to me 'Wah,awak yg pergi,cikgu plak rasa seronok! Bakal doctor ni.Kat sana nnt jgn jeling2.' Im not understand what does it mean by jeling2.I thought it was like 'buat muka ke ape ke'.(STF punya words)Ohhh then she explained,tackle rupanya.haha.No la.I will put my pride as my first priority there.InsyaAllah.By the way, her husband is also a military officer(captain).
I met Mrs Aishah too whose my kindergarten teacher:)

I have to make sure Im physically and mentally fit!Get ready for getting 'black' face again. Haha. Muka baru nak putih after habis basketball etc and I have to sacrifice my face again.Its okay lah!

The most most important thing is pray hard to Allah because Allah hear us.Allah is always beside us!:) Not to forget to pray to Allah to make us a strong people based on Islamic law,faith and Islam.Pray n continuously pray. :))))
Excellence people have strong mind and they will stand still until the end of their journey;


Onlining at kg.The line is too slow like siput but siput lagi laju laa:(

29 April 2010

My dream:)

Heyyyyyya,everybody got their dream rite??So,here I want to share something to you laah about my dream ni:)
After I having my jog,shower n prepare myself to online,I've been thinking about my dream.ahah:)

Let's scroll down!

InsyaAllah,I'll become a doctor soooooon.Long way to go actually...hmmm...After having some discussions with my parents on the way home,my dad said to me to focus on the right track.That's mean I have to focus 100% with my medical studies since I will facing a very tough2 life in upnm soooonnn.InsyaAllah.

My parents also said if u got a doctor as your partner life,it's verryyy good since you'll understand each other:) hehe.I'm just smile with a big grin=D May I get a doctor as my soul mate...amin..

Then,I dream to have a big house in an elite area/in a peaceful housing area. Bungalow,of course! I'll decorate my house and will call a professional architect/interior designer =) So,if we have family gathering,my house will be listed as the best place to spare time together! My bungalow surely looked WOW!

Next,I dream to have Toyota Vios as my car after I graduate.My big dream! After all and I have my own family,I'll bought a big car@Hyundai Tucson@Toyota Fortuner.This car below just an example.I dislike white.I prefer gold/black maybe..

Then, I dream to have 4 or more cute kids of mine:) InsyaAllah..
 

So,that's all for my post today.hahaha.
Big dream, for an excellence people!So lets dream n work hard towards it:)

28 April 2010

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta

www.iluvislam.com oleh : zulkamal
Editor : doraemong13


Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.




Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi.... buat GADISKU

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk
Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang
kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu
keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman
kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan
keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk.
Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki
dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg
didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam
bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat
sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Wanita solehah yg
patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan
pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu
serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg
engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau
miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg
dapat membetengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu
gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan
As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu
setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah
semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana
cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah
kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud,
"Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu
dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu
atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau
mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik
itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari
setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg
sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan
rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta
dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah
cinta yg hakiki dan abadi...

Lelaki Idaman

www.iLuvislam.com
oleh: akhawat88_girl


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi



Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Bagaimana Bercinta Cara Islam?

www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.


"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.



Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"



Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

www.iLuvislam.com oleh : everjihad

*****

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian, kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian, hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah amanah itu jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA, kalian akan menjadi halal bagi kami.






"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik, kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami, Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...

Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?

www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)
 

MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.
Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”
Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
 
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.


Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h

Mengapa Perlu Berkahwin?

www.iLuvislam.com Editor: buluh Oleh: Anak Pejuang*

1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..


 
 

*************

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti


Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.


Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

* Penulis adalah Ustaz Mohd Zul bin Roslan. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iLuvislam.com. Artikel ini diambil dari blognya: DI SINI

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

www.iluvislam.com
oleh: Joseph
editor: deynarashid

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB. 

Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu?  Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...


Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12] 

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

End of part one for Brothers.. please try this at home


SISTERS, WE NEED COMPLEMENTARY ACTIONS.