Rakan-rakan yang dirahmati Allah,
mahu share something ngan anda=]
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal soleh
dan nasihat menasihati supaya
mentaati kebenaran
dan nasihat-menasihati supaya
menetapi kesabaran"
(Surah Al-Ashr:2 dan 3)
That's why la nak share sambil
nasihat diri sendiri dan anda=)
Dari Anas r.a.,katanya:
Saya mendengar Rasulallah bersabda "Di antara tanda-tanda kiamat ialah:
berkurangya ilmu,
meratanya kebodohan,
bercabulnya zina
dan banyak perempuan, sedikit lelaki
sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah kiblat
yang masing-masing menujunya,
oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan"
(Surah Al-Baqarah:148)
"Janganlah kamu bersedih,
sesungguhnya Allah bersama kita"
(Surah At-Taubah:40)
I'm sure yang you'll(Muslims)
da common dgn hadis and ayat kat atas.
tp apa slh nya kite saling ingat mengingati kan??
seterusnya...
"Berilah mereka peringatan dengan
hari yang dekat(hari kiamat) ketika
hati (menyesak) sampai di kerongkongan
menahan kesedihan.
Orang2 yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun
dan tidak pula mempunyai seorang pemberi syafaat
yang diterima syafaatnya"
(Surah Al-Mu'min:18)
"Kecelekaannlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
yang mengumpulkan harta dan menghitungnya,
dia mengira bahawa hartanya dapat mengekalkannya,
sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah,
Dan tahukah kamu apa itu Huthamah?
iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan
yang membakar sampai ke hati
Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang"
(Surah Al-Humazah:1-9)
Ya Allah,
ampunilah dosa-dosaku
dan sekalian muslimin dan muslimat...
Sesungguhnya kau maha pengampun
lagi maha penyayang.
amin..
No comments:
Post a Comment