1)Secara ringkas sila nyatakan:
a) Mengapa anda memilih bidang keguruan
b) Pengalaman anda berinteraksi dengan kanak-kanak atau remaja
2)Sekiranya anda terpilih menjadi guru apakah yang dapat anda sumbangkan?
1)a) Saya memilih bidang keguruan kerana profesion ini adalah profesion yang mulia. Di samping itu, bidang ini amatlah dipandang tinggi kerana guru ialah insan yang mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan. Tanpa jerih perih guru-guru tiadalah insan yang bergelar perdana menteri, doktor mahu pun peguam. Seterusnya guru merupakan cita-cita saya sejak kecil. Memandangkan ibu bapa saya adalah guru, saya menjadikan mereka sebagai idola saya untuk menggapai cita-cita.
b) Saya mempunyai pengalaman sebagai pengawas sekolah.Oleh itu, pengalaman yang digarap amat berguna kerana sebagai pemimpin di sekolah sudah tentu kita perlu berinteraksi dengan para pelajar semasa di perhimpunan,memberi arahan kepada mereka dan sebagainya.
Di samping itu, saya mempunyai adik-adik yang masih kecil dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Komunikasi dalam kalangan ahli keluarga amat penting bagi mendapatkan keharmonian. Bagi saya, komunikasi amat penting bagi menyampaikan sesuatu perkara yang penting dalam sesebuah organisasi. Tambahan pula, profesion perguruan memerlukan interaksi antara guru dan pelajarnya.
2) Jika saya berpeluang menjawat jawatan sebagai seorang guru, saya akan menggunakan peluang tersebut untuk menyalurkan ilmu dengan sebaik mungkin. Saya akan memastikan setiap pelajar saya mendapat ilmu dan mengaplikasikan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin.
Berteraskan Satu Malaysia Satu Kejayaan, saya akan berusaha untuk mendidik pelajar saya agar mereka mapan dari segelenap aspek iaitu jasmani,emosi,rohani dan intelek.Inilah hasil karangan penganggur SPM yg x pergi interview tu.haha;-b
No comments:
Post a Comment