My fantastic followers!:)

29 April 2012

Jalan Laju 8km Medic Students

Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita sama lu olang wa punya aktiviti manyakk best dekat wa punya unibersiti :) (ada gaya Org Cina tak?hahaha)

OK OK u'ollsss. Universiti aku kan orang kata boutique university(universiti butik) bukan butik jual baju ke jubah lovers ke tudung ke apa ke. Ni memang butik,bukan nak bangga tapi memang butik. HAA.
Sebab apa ye?
 This is the view from top, level 10 Satria building.
We can see there,library the yellow colour and the field that we called Pavilion. 
Ha dekat situlah kami selalu menjalani latihan ketenteraan hari Sabtu.

 This is also our library.
Perpustakaan Jeneral Tun Sri Ibrahim

Nampak tak swimming pool sana? Di situlah kami berenang berenang di muara.
Haha. Kalau sapa gagal ujian renang, tak dapat lah outing/weekend/overnight.
So,tak dapatlah balik rumah ke,keluar kem ke kan?Sob sob sob :(
Aku lah tu yang tak pandai berenangnya-.-' 
tapi dalam proses belajar okayy?

Every Sabtu, kitorang as pegawai kadet perlu menjalani latihan/aktiviti ketenteraan to make sure kitorg ni fit. Kalau ada apa apa perang ke kan(mintak dijauhkan), kitorang akan dihantar perang dan kitorang ni dengan rela hati nya lah berkorban dan berkhidmat untuk negara tercinta ini.(ayat taching habis~)

Lagi satu,beriadah kan menyihatkan badan.Tak gitu? Sebab tu lah kadet kadet kat sini especially guys(I am not saying that only guys je sebenarnya! wwweeekkk) ladies jugak, laku di luar sana. Di sebabkan tubuh badan mereka yang tough tough kononnya (eh tapi dorang tough weyhh,BMI kena bawah 23) Ni promote ke hape ni?hwahwahwa:)

Dan seperti kebiasaannya lah kan aku dan rakan rakan ku akan menjalani pelbagai jenis latihan ikut jadual pengambilan masing masing lah:) dan aku ni dalam intake 2010(perubatan),diasingkan tak tau kenapa,dah tak sama dengan intake aku sendiri:(  sebab jadual pelajar perubatan yang pack di buat macam ni lah..

Kitorang kena bawak this big bag pack about 10 kg tak silap lah and all those webbing set,water bottle untuk jalan laju ni.. Ini bukan jalan laju kosong je ye, macam orang jalan laju kat atas trek tu ha.Ini jalan laju yang spesel punya;p
Dan barang barang ni la yang menyebabkan badan slim slim kurus keluar peluh yang banyak dan sihat! :)Alhamdulillah!

Ini skot skot Medic aku yang fit,cun:) Even penat,still tersenyum.
Senyuman kan dapat relieve your body from pain or tiredness:)

Ini semua bakal bakal doktor tentera yang akan berkhidmat untuk negara in the coming  4/5 years.
InsyaAllah Semoga Allah permudahkan!
Before that kita kena bawak this senjata.Ha bukan main main ye. Sangkut dekat badan and bawak lah lari.
Dengan bag pack yang berat tadi and senjata(Styer AUG) Pergh!
Tapi, tak pernah mematahkan semangat untuk meneruskan latihan!:)

Peace yooo!

Ini la roomate aku! Kan 4 orang sebilik.
*Abaikan orang yang ala ala muka spastik gitu. HAHA

Berpeluh peluh keletihan.Fuh fuh fuh;)

Go Kemon! Semangat bebeh!!

Ini la IC(incharge) kitorang! Ezry namanya!
IC ni macam ketua lah.. Dia yang bertanggungjawab atas skot skot medic aku ni,

Go kemon guys! Jauh lagi perjalanan ni!

Ini la skot skot batalion aku.Batalion aku batalion Tuah.Warna Merah,
I felt good!! :D
 Itu dia jalan laju 8km kitorang yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal. Kerjasama antara pasukan tu amatlah penting ya saudara saudari. Jika tidak manakan kita dapat mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara tercinta ini! :)

Gamba bawah ni aku dok korek korek kat koleksi gamba aku meh aku share lah:
Ha ni sekadar gambar hiasan kalau bilik tak ikut spesifikasi yang ditetapkan.
kan dah kena bawak katil turun. tapi ni time aku asasi.dah lama dah nyahh

Ni bilik aku time asasi dekat blok Satria. kemas tak?

Serious seronok duduk bilik ni:D Alhamdulillah bersyukur. tapi sekarang aku dah stay kat blok lain dah...

 Ok kalau ada apa apa yang best aku boleh lah share dengan korang semua. Korang nak aku cerita apa lagi eh? :)
Till here ok bebeh;
Assalamualaikum!


Kek Pertama

Assalamualaikum semua!

Rasa macam dah lama sangat tak jengah jenguk jenguk blog ni kan. Yela sibuk dengan tugas sebagai pelajar dengan aktiviti seharian yang dah terjadual (skema tak ayat aku?Hwahwahwa.aku memang skema pun.Ada aku kesah?;p)

Haaa.Time cuti midsemester hari tu kan,aku belajar buat kek.Bajet macam nak buat persediaan untuk masa hadapan la kunun nya. Persediaan menjadi isteri mithali la.Chehh.Pftttt. -.-

Mak aku memang dah lama pandai buat kek,pergi kelas kek lah,semua tu.Memang adik beradik aku suka bab bab makan especially kek ni ha. Apokobondo laie lah,baru jo bakar kek,x sompek nak sejuk dah habis.Wakakaka. Kerenah adik adik aku yang tak sabar lah tu.(Padahal aku pun sama).
Lopaih makan kek nun, suruh mak aku buat laie.Kesian la pulokss. Dari situ la aku rasa nak belaja ni. Rasa macam cetek je bab dapur ni. Hua hua hua!

Pastu aku cakap la dengan mak tersayang muah muah tu, nak buat kek. Biar Nani je yang beli barang barang,mak tolong pilihkan. Pastu pergi Kedai OTN kat Segamat. Memang kedai tu bab kek nombor satu nohh. Banyak ha barang barang buat kek.Aku rasa amazed gitu!hihihi.

Pastu anti yang jual kek tu pergi borak dengan mak aku.
'Cikgu, mau ikut tak pigi kelas kek ni esok?'
'Ala nyonya,esok saya ada sekolah ganti.Tak boleh pigi la nya'

Aku dengan selamba dek ala ala peramah gitu pun cakap la dengan anti ni.
'Anti,nak join boleh tak?'
'boleh boleh'


Apa lagi aku pun bayar la RM20 untuk sesi buat kek tu esok nya:) Dapat voucher RM5 sumore!Seronok seronok! hihi.

Keesokan harinya di Kedai OTN,... (bajet macam dalam karangan darjah 6 je kan.kah kah kah)

Aku belaja 3 jenis kek ni:)
1) Angry Bird Cake
2) Wedding Cake Pop
3) Cupcakes
 Ni cupcakes

 Chocolate ni akan diletakkan atas cupcake bila chocolate ni sejuk dalam peti ais.

 Ha tu dia, yang sebijik cupcake dah siap!

 Ni chocolate yang dah disejukkan! Bapak la sedap! 
Eh,eh kesian asik bapak je sedap. Pergh,Mak la sedap!(bagi chance kat mak plak)

 Dalam chocolate tu ada Oreo sebenanya.Sedap kan.Terliur seyh aku dok menaip ni.Walaweyhhh!

 Cupcake ni kena potong atas itu bagi nampak cantik.Paham ni Amoi?

Ha tu dia cupcake dah kena shave!HAHA 

 Ha,itu dia anti manyak baik sama kitaolang. Yang kanan tu anak dia. Tgh Pregie first child tau.
Kalau anak dia perempuan,pergh waris laa kedai tu kat baby tu nanti! Daripada nenek sampai cucu manyak pandai buat kek lorh..

Taraaaa! Angry Bird Cake dah siap! Sedap gila la kek ni kan. Dalam tu ada sponge cake. Pergh memang lembut weh mcm sponge mandian tu!

Malangnya, Wedding Cake Pop tak dapat nak upload sebab aku tak dapat nak amik gambanya sebab battery phone aku habis. $^&**$

Balik balik je rumah dengan bahan yang dah dibeli tu dengan extravaganza nya,aku buat kek. Berkobar-kobarlah semangat aku nak buat.Nak bawak balik kem nak bagi satu kem rasa kek aku. Wahaha.bapak metafora aku ni. Tak la aku nak bagi classmate aku rasa air tangan aku:)


Surat khabar,kabar baik,kabar gembira segala bagai aku bentangkan(padahal aku suruh je adik adik aku bentang) Untunglah adik ramai! wehehehe;D
Tu bahan bahan kek aku. Pastu dah ada bahan takkan biarkan gitu ye tak? aku buat lah beb.

 Dengan kekuatan mixer yang ada kita gaulkan semua sekali!kahkahkah. Pandai la ko gaul semua. Tak naik la kek ko tu milah oi!Ada cara caranya nak buat. Nanti kita gitau ok?:)

Dah siap bakar la dalam oven ha.kan sonang dan mudah aje:D

Lepaih tu kita hias la beramai ramai! 

Aku bawak kat U aku Kek Blueberry dengan Kek Tiramisu. Manyak sidap wa cakap lu! Lembut pun lembut,sodap pun sodap!:) Lulus lah nak jadi bini orang ni.(dalam mimpi la.hewhewhw)

 Kek Blueberry

Kek Tiramisu
(tak lawa atas dia sebab dentuman yang terkena atas surface area nya semasa dalam kereta. Mujurlah abah ku sudi menghantarku ke Kem Sg Besi ini:) Kalau tidak memang macam apa je kan bawak atas naik bas dengan beg aku yang bergelen gelen tu)

Aku buat kek sampai pukul 3 pagi seyh.Esok nak balik kem dah.hewhewhew..

Meh sini pulak aku nak cerita bahan bahan buat kek.
1)Telur-4 biji
2)Minyak Jagung-60ml
3)Susu-60ml
4)Essence Vanilla-1/2 teaspoon
5)Sponge Flavour Mix-250gm (ada dalam perasa coklat,vanilla etc) kedai kek ada jual ni. dalam semua dah siap gula semua sekali. :)

Cara-cara nak buat kek
1)Mula mula masuk kan 4 biji telur tu dalam mixer. Mix sampai dia naik dan kembang. Memang perkara wajib dalam pembuatan kek.Telur mesti ada!
2)Then, masuk sponge flavour mix. Mix je lama lama.bagi lembut dan sebati gituu!
3)Pastu masuk kan susu and essence vanilla. Mix lagi.
4)Last sekali masuk kan Minyak jagung tu. tapi jangan putar lama lama.Slow sahaja dan sekejap.
5)Masuk dalam oven.Bakar selama 180 degree C selama 30-35 minit:) 

Kan senang! Pastu atas tu topping topping nya bagi melawakannya lupa pulokss. Ada yang guna well cream and ada guna fresh milk.ikut citarasa tersendiri :)

Kalau nak kek bitau la:)

Tu la benda berfaedah aku buat sepanjang cuti seminggu yang singkat selepas 3 bulan tak balik rumah. HUHU. Selain tu aku tolong bersihkan rumah,membasuh baju. Ada la kriteria anak solehah tu.(Perasan lebih ko ni)

OK lah jumpa lagi lain kali!
Assalamualaikum!

Eh,jap adik aku yang paling kecik sekali yang lahir tak cukup bulan tu kan dah besar! COMEL macam aku tau! Nurhana Aisyah.
Ni kat rumah atok sedara aku kat Muar time cuti hari tu ada kenduri! Bapak comel la ko ni Aisyah.Rindu nak cium muah muah!:D