Rasa macam dah lama sangat tak jengah jenguk jenguk blog ni kan. Yela sibuk dengan tugas sebagai pelajar dengan aktiviti seharian yang dah terjadual (skema tak ayat aku?Hwahwahwa.aku memang skema pun.Ada aku kesah?;p)
Haaa.Time cuti midsemester hari tu kan,aku belajar buat kek.Bajet macam nak buat persediaan untuk masa hadapan la kunun nya. Persediaan menjadi isteri mithali la.Chehh.Pftttt. -.-
Mak aku memang dah lama pandai buat kek,pergi kelas kek lah,semua tu.Memang adik beradik aku suka bab bab makan especially kek ni ha. Apokobondo laie lah,baru jo bakar kek,x sompek nak sejuk dah habis.Wakakaka. Kerenah adik adik aku yang tak sabar lah tu.(Padahal aku pun sama).
Lopaih makan kek nun, suruh mak aku buat laie.Kesian la pulokss. Dari situ la aku rasa nak belaja ni. Rasa macam cetek je bab dapur ni. Hua hua hua!
Pastu aku cakap la dengan mak tersayang muah muah tu, nak buat kek. Biar Nani je yang beli barang barang,mak tolong pilihkan. Pastu pergi Kedai OTN kat Segamat. Memang kedai tu bab kek nombor satu nohh. Banyak ha barang barang buat kek.Aku rasa amazed gitu!hihihi.
Pastu anti yang jual kek tu pergi borak dengan mak aku.
'Cikgu, mau ikut tak pigi kelas kek ni esok?'
'Ala nyonya,esok saya ada sekolah ganti.Tak boleh pigi la nya'
Aku dengan selamba dek ala ala peramah gitu pun cakap la dengan anti ni.
'Anti,nak join boleh tak?'
'boleh boleh'
Apa lagi aku pun bayar la RM20 untuk sesi buat kek tu esok nya:) Dapat voucher RM5 sumore!Seronok seronok! hihi.
Keesokan harinya di Kedai OTN,... (bajet macam dalam karangan darjah 6 je kan.kah kah kah)
Aku belaja 3 jenis kek ni:)
1) Angry Bird Cake
2) Wedding Cake Pop
3) Cupcakes
Ni cupcakes
Chocolate ni akan diletakkan atas cupcake bila chocolate ni sejuk dalam peti ais.
Ha tu dia, yang sebijik cupcake dah siap!
Ni chocolate yang dah disejukkan! Bapak la sedap!
Eh,eh kesian asik bapak je sedap. Pergh,Mak la sedap!(bagi chance kat mak plak)
Dalam chocolate tu ada Oreo sebenanya.Sedap kan.Terliur seyh aku dok menaip ni.Walaweyhhh!
Cupcake ni kena potong atas itu bagi nampak cantik.Paham ni Amoi?
Ha tu dia cupcake dah kena shave!HAHA
Ha,itu dia anti manyak baik sama kitaolang. Yang kanan tu anak dia. Tgh Pregie first child tau.
Kalau anak dia perempuan,pergh waris laa kedai tu kat baby tu nanti! Daripada nenek sampai cucu manyak pandai buat kek lorh..
Taraaaa! Angry Bird Cake dah siap! Sedap gila la kek ni kan. Dalam tu ada sponge cake. Pergh memang lembut weh mcm sponge mandian tu!
Malangnya, Wedding Cake Pop tak dapat nak upload sebab aku tak dapat nak amik gambanya sebab battery phone aku habis. $^&**$
Balik balik je rumah dengan bahan yang dah dibeli tu dengan extravaganza nya,aku buat kek. Berkobar-kobarlah semangat aku nak buat.Nak bawak balik kem nak bagi satu kem rasa kek aku. Wahaha.bapak metafora aku ni. Tak la aku nak bagi classmate aku rasa air tangan aku:)
Surat khabar,kabar baik,kabar gembira segala bagai aku bentangkan(padahal aku suruh je adik adik aku bentang) Untunglah adik ramai! wehehehe;D
Tu bahan bahan kek aku. Pastu dah ada bahan takkan biarkan gitu ye tak? aku buat lah beb.
Dah siap bakar la dalam oven ha.kan sonang dan mudah aje:D
Lepaih tu kita hias la beramai ramai!
Aku bawak kat U aku Kek Blueberry dengan Kek Tiramisu. Manyak sidap wa cakap lu! Lembut pun lembut,sodap pun sodap!:) Lulus lah nak jadi bini orang ni.(dalam mimpi la.hewhewhw)
Kek Blueberry
Kek Tiramisu
(tak lawa atas dia sebab dentuman yang terkena atas surface area nya semasa dalam kereta. Mujurlah abah ku sudi menghantarku ke Kem Sg Besi ini:) Kalau tidak memang macam apa je kan bawak atas naik bas dengan beg aku yang bergelen gelen tu)
Aku buat kek sampai pukul 3 pagi seyh.Esok nak balik kem dah.hewhewhew..
Meh sini pulak aku nak cerita bahan bahan buat kek.
1)Telur-4 biji
2)Minyak Jagung-60ml
3)Susu-60ml
4)Essence Vanilla-1/2 teaspoon
5)Sponge Flavour Mix-250gm (ada dalam perasa coklat,vanilla etc) kedai kek ada jual ni. dalam semua dah siap gula semua sekali. :)
Cara-cara nak buat kek
1)Mula mula masuk kan 4 biji telur tu dalam mixer. Mix sampai dia naik dan kembang. Memang perkara wajib dalam pembuatan kek.Telur mesti ada!
2)Then, masuk sponge flavour mix. Mix je lama lama.bagi lembut dan sebati gituu!
3)Pastu masuk kan susu and essence vanilla. Mix lagi.
4)Last sekali masuk kan Minyak jagung tu. tapi jangan putar lama lama.Slow sahaja dan sekejap.
5)Masuk dalam oven.Bakar selama 180 degree C selama 30-35 minit:)
Kan senang! Pastu atas tu topping topping nya bagi melawakannya lupa pulokss. Ada yang guna well cream and ada guna fresh milk.ikut citarasa tersendiri :)
Kalau nak kek bitau la:)
Tu la benda berfaedah aku buat sepanjang cuti seminggu yang singkat selepas 3 bulan tak balik rumah. HUHU. Selain tu aku tolong bersihkan rumah,membasuh baju. Ada la kriteria anak solehah tu.(Perasan lebih ko ni)
OK lah jumpa lagi lain kali!
Assalamualaikum!
Eh,jap adik aku yang paling kecik sekali yang lahir tak cukup bulan tu kan dah besar! COMEL macam aku tau! Nurhana Aisyah.
Ni kat rumah atok sedara aku kat Muar time cuti hari tu ada kenduri! Bapak comel la ko ni Aisyah.Rindu nak cium muah muah!:D
No comments:
Post a Comment