"Kes pembuangan bayi meningkat dari tahun ke tahun".Begitulah pernyataan di segenap penjuru media massa yang dapat kita lihat dan berkumandang di corong radio hampir setiap hari. Dalam menongkah arus pembangunan yang berliku, negara di gemparkan dengan kes pembuangan bayi yang amat menyayat hati.Bagai kaca hempas ke batu. Kejam sungguh pelaku yang sanggup membuang darah daging sendiri.Di manakah letaknya akal fikiran kurniaan Allah yang istimewa itu? Sesungguhnya haiwan pun tidak sanggup untuk berbuat sedemikian malah mereka amat menyayangi anak-anak mereka. Ibarat telur sesangkar pecah sebiji,pecah semua.
Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda,"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rezeki , Ajal , Amal dan Kecelakaan(bahagiannya)." Adakah anda fikirkan dan hayati?
Oleh yang demikian,siapakah yang harus dipersalahkan dalam permasalahan ini? Ibu bapa? Guru-guru? Masyarakat? Atau pun saya sendiri? Melalui pemerhatian halus saya, setiap golongan dan individu bertanggungjawab dalam meleraikan kekusutan yang tercipta ini. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Mari kita lihat melalui perspektif dan tanggungjawab ibu bapa kerana golongan ini merupakan teraju utama permasalahan ini. Tidak dinafikan anak-anak khusunya remaja mempunyai asakan dan lonjakan perasaan yang berbeza kerana pada tahap inilah mereka sedang mengenali diri mereka, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu perkara. Tidak hairanlah media massa acap kali menyiarkan berita remaja kahwin lari dengan jejaka Lombok pujaan hati, remaja lari dari rumah, remaja terlibat dengan kes dadah dan sebagainya.Oleh yang demikian, ibu bapa merupakan role model atau suri teladan kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa merupakan tulang belakang bagi organisasi kekeluargaan. Jika pincang organisasi tersebut maka runtuhlah institusi kekeluargaan yang diidamkan. Ibu bapa yang bekerjaya seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak.Walaupun hanya 5 minit masa yang diperuntukkan untuk anak-anak,detik-detik tersebut amat berharga kerana masa itu emas. Oleh itu ibu bapa perlu mencorakkan anak-anak dengan nilai pegangan agama dan moral yang jitu dan utuh untuk memastikan kebejatan sosial dihindari di kemudian hari. Tidak salah sekiranya mengajak ahli keluarga makan angin walaupun hanya di dalam negara kerana setiap masa adalah yang terindah bersama keluarga yang tersayang. Dengarkanlah suara hati dan masalah anak-anak agar masalah kemurungan anak-anak dapat ditangani.Melentur buluh biarlah dari rebungnya:D
Guru-guru juga mempunyai kepentingan dalam menangani masalah ini. Subjek bagi Pendidikan Sivik,Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Biologi sudah membincangkan tentang topik ini. Sudah tentu para pelajar sudah diajar bagaimana terciptanya seorang bayi melalui subjek Biologi 'Reproduction and Growth', Bagaimana menjaga batas-batas pergaulan dalam subjek Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral seterusnya bagaimana menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kualiti dalam pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek(JERI). Wahai sekalian remaja,segalanya telah diajar di sekolah.Jangan nafikannya tetapi mengapa anda tidak mengamalkannya? Mengapa masih ada kes-kes pembuangan bayi? Di manakah letaknya maruah atau 'pride' yang sering anda bangga-banggakan?Kalau begitu, ponatlah cikgu mengajaq,tapi masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. Hadis ada menyatakan, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Renung-renungkanlah...
Lain pula halnya bagi pihak masyarakat. Masyarakat seharusnya berganding bahu,membuka mata dan mencari jalan dalam hal-hal ini.Tidak semua tetapi segelintir masyarakat. Penubuhan pusat-pusat bagi penempatan remaja dan wanita yang terlanjur merupakan usaha yang memberangsangkan. Tetapi jika lebih banyak pusat yang ditubuhkan,semakin ramai individu yang melakukan perkara sumbang. Kerana pada pemikiran mereka, 'kalau aku pregnant pun ada tempat yang yang boleh membantu'.Ada juga yang berkata, 'Hari tu saya buat tak da pape, tak sangka kali ini pregnant'. Apa nak jadi? Yang menjadi mangsa,ialah wanita.Ada dengar lelaki mengandung? Mustahil kan.Kalau ada beritahu cepat!:)) Oleh itu,tegurlah mereka yang berdua-duaan itu,takut terjadi apa-apa. Jangan pandang sebelah mata ya:)
Pihak-pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif dengan menguar-uarkan pengharaman Hari Kekasih atau Valentine's Day sebab apa?Sebab waktu-waktu beginilah berlakunya perkara-perkara luar jangkaan. Hari keramat di mana banyak pembuangan bayi berlaku adalah apabila 9 bulan selepas Tahun Baru atau pun Hari Kekasih. Usaha pihak berwajib membuat serbuan kepada pasangan yang berdua-duaan di tempat yang sunyi dan gelap amat digalakkan.Syabas!
Setiap golongan telah dibincangkan.Penulisan yang dihasilkan adalah dari pemikiran yang cetek ini yang hanya mengikuti perkembangan semasa. Ambillah pedoman.Adakah kita mahu tubuh yang comel ini dibiarkan menjadi santapan semut dan binatang buas?
Ya Allah,hindarilah diriku dan umat Islam daripada segala bencana.
Sesungguhku kau maha penyayang dan maha mengasihani.
No comments:
Post a Comment