Assalamualaikum semua:)
Result telah diumumkan hari ni.... Dan Alhamdulillah,aku lulus! Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian alam...
Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapa ku atas doa dan restu kalian.... kepada keluarga ku semuanya..yang banyak berdoa untuk kejayaan ini.. Sokongan kalian tidak terhingga..Alhamdulillah atas kehadiran kalian dalam hidupku..
Seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan atas semangat mencurahkan ilmu, penat lelah siang malam memikirkan ragam kami, memikirkan cara yang sesuai untuk kami menerima ilmu dan banyak lagi telah kalian korbankan.. Alhamdulillah Ya Allah kerana telah memberi kami pendidik yang begitu dedikasi dan komited dalam tugas mereka.. Yela,kami merupakan batch pertama Fakulti ini.Sudah tentu banyak cabaran dan dugaan dalam mendidik kami... Thank you once again Lecturers!
Ucapan terima kasih yang tak terhingga jugak kepada rakan-rakan ku...Kalian lah peneman aku study, peneman suka duka kehidupan di universiti ni..
Tahniah kepada yang lulus.. dan kepada yang kurang berjaya, kalian nak menangis, menangis lah sepuas-puasnya.. tetapi bangkitlah kembali berjuang..Kerana aku pernah melalui saat genting itu..Cukup sakit,pedih... Tetapi ingat,Allah ada bersama kalian..Keep on berusaha dan bertawakal... Miracle will happen..InsyaAllah selagi ada usaha,ikhtiar,doa dan mengharapkan hanya pada Allah sahaja...Jangan putus asa tau sahabat.
Bagi orang-orang yang lulus,itu juga satu nikmat dan ujian yang Allah beri. Dia hendak melihat sejauh mana kita bersyukur kepadaNya.. Jangan lah bersikap riak dan takbur..Ucaplah Alhamdulillah.. Teruskan usaha kita ye kawan-kawan..
Kepada Ain, Zera, Annur, Siti, Sherin, Sya, Nisa, Yaya, Adik, Alya, Sue, Ziemah, Shari, Nana, FNJ, Fiqah, Hani, Mimi, Pia, Asilah and Muni:
Thanks atas bantuan korang secara langsung mahupun tak langsung..Terima kasih kerana menceriakan kehidupan kat sini.. Ingat,kita akan bersama susah senang lagi 4 tahun lebih.. Sama-samalah kita menempuhnya bersama-sama...
Kepada guys: Sahlin, Wafi, Fitri, Selvan, and all my comrades, thanks a lot for all your kindness, bantuan dan tunjuk ajar.. yes, we will face all the obstacles together in the coming 41/2 years.InsyaAllah...
To Ezry:
Thanks a lot,lot,lot,so much,..Lepas aku dapat tau result Sem 2 aku ada gagal, aku terus tak contact dia. Kesian dia tak boleh fokus study..Bukan aku tak nak contact dia,tapi aku malu dengan result aku yang teruk tu. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia.. Aku cakap kat dia, aku mungkin akan fail untuk tahun 1 dan aku dah get ready remedial.. tapi dia still bagi aku semangat, nasihat, pujuk aku supaya aku terus berusaha. Walaupun aku banyak sakitkan hati dia. So sorry.. Mungkin aku takde rezeki untuk lulus sem 1 dan sem 2.. tetapi Alhamdulillah,Allah makbulkan doa-doa ku.Alhamdulillah..Aku lulus untuk kali ini..penentu untuk ke tahun 2.Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Sama-samalah kita berjuang dan memberi semangat each other sampai tahun 5, grade and komisyen and paham-paham la sendiri ye.
Sesungguhnya Allah tak akan membebani hambanya dengan bebanan yang tak mampu dipikul.
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah.
Sungguh indah ujianmu Ya Allah, Sungguh indah Cintamu Ya Allah yang kini aku rasakan.. Alhamdulillah...
"Ya Allah, increase us in knowledge while keeping us humble". Amin...
ALHAMDULILLAH atas nikmat ini Ya Allah....Subhanallah! Dan percayalah bahawa nothing is impossible.. :)
My fantastic followers!:)
25 July 2012
24 July 2012
VIVA (It's a miracle from Allah)
Assalamualaikum...
Firstly,dengan rasa kesyukuran aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam..Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan yang penuh barakah ini...
Professional Exam(Pro Exam) aku baru je lepas.. Berakhirnya Pro Exam tu maknanya untuk Tahun 1,aku dah melalui 3 peperiksaan besar.. Final Sem 1, Final Sem 2 dan Pro Exam...
Result Sem 2 dah keluar before Pro Exam,and aku kecewa dengan result aku... Aku menangis merayu,berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ku dan ada lagi doa doa yang aku mohon(mungkin korang tak perlu tahu,antara aku dan Allah)
Dan aku sedar,hidup tak selalunya di atas..Kadang-kadang kita juga perlu merasa bahawa kerdilnya kita di muka bumi Allah ni. Ya,hidup ibarat roda..Berputar dan sentiasa berputar..Mungkin juga seperti Bumi,sentiasa berputar mengelilingi matahari membezakan siang dan malam..
Pada hari nama-nama pelajar yang kena VIVA diumumkan,nama aku tiada dalam senarai.. Nama-nama yang ada dalam senarai VIVA itu adalah nama-nama yang boleh mendapat distinction atau untuk borderline.. Dan sudah tentu nama-nama yang tiada disenaraikan mungkin lulus atau gagal..So nama-nama tu akan diuji keesokan hari.
Aku menganggar sekiranya nama aku tiada,adakah aku di kalangan yang gagal itu? Malam tu,aku menangis sepuas-puasnya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku pada ketika itu. Fikiran negatif sering bermain di fikiran ku dan tiada lagi optimis dalam diriku.. Aku hanya mampu menangis dan berdoa. Berdoa dan bertawakal kepadanya.. Tiada harapan bagiku,walaupun result sebenar belum diumumkan... Ezry keep motivating me,keep advised me.. But I rather opposed and denied it. Aku cakap fikir logik lah.. Sem 1 and Sem 2 aku teruk.. Macam mana nak cover Pro Exam aku....
Dan miracle daripada Allah berlaku... Ya, Allah Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang..Semua Zat hanya padamu Ya Rabbi, 99 Asmaul Husna semua nya pada Allah...Subhanallah Alhamdulillah. Sungguh indah ujian Allah...Alhamdulillah..
Pagi semasa pelajar diuji VIVA,Hasinah called aku..
'Nani,nama ko ada dalam VIVA Biochem. Cepat siap, bawak buku study dengan kitorg'..
Perkataan yang hanya aku sebut hanyalah Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Serious,semalam aku check nama aku,memang takde..
Aku segera bersiap dan study dengan kawan2 ku. Rupanya nama aku tersilap letak.. Aku tak buat apa apa preparation pun malam before VIVA tu.. Aku nervous.. Aku tak yakin dengan VIVA ku..Aku cuma bertawakal kepada Allah selesai diuji tadi.. Ya Allah lembutkan hati examiner tersebut.. Amin....
Balik je dari VIVA,aku menagis lagi,menangis dan terus menangis.. Aku takut dengan jawapan yang aku berikan tadi,.Dengan mata ku yang sembab akibat nangis malam sebelum VIVA, dengan keyakinan yang tipis semasa VIVA,aku hanya mengharap bantuan dan pertolongan Allah..Semoga Allah permudahkan urusanku dan rakan-rakanku yang lain..
Dan esok,menentukan penentuan sama ada aku akan remedial atau lulus semua nya... Doakan yang terbaik untuk ku dan rakan ku kerana esok keputusan kami akan diumumkan....
Barakah Ya Ramadhan..Semoga kebarakahan bulan Ramadhan yang mulia ini akan mempermudahkan segala urusan pelajar-pelajar perubatan batch pertama ini.. Amin Ya Rabbal Alamin.....
Sesungguhnya Allah ada bersamamu kemana jua kamu berada... Subhanallah... Ya Allah,aku cinta padamu..Alhamdulillah Ya Allah..... Permudahkan kami untuk ke Tahun 2 nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)