My fantastic followers!:)

25 July 2012

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua:)

Result telah diumumkan hari ni.... Dan Alhamdulillah,aku lulus! Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah,Tuhan sekalian alam...

Terima kasih aku ucapkan kepada kedua ibu bapa ku atas doa dan restu kalian.... kepada keluarga ku semuanya..yang banyak berdoa untuk kejayaan ini.. Sokongan kalian tidak terhingga..Alhamdulillah atas kehadiran kalian dalam hidupku..

Seterusnya aku ucapkan terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah Fakulti Perubatan atas semangat mencurahkan ilmu, penat lelah siang malam memikirkan ragam kami, memikirkan cara yang sesuai untuk kami menerima ilmu dan banyak lagi telah kalian korbankan.. Alhamdulillah Ya Allah kerana telah memberi kami pendidik yang begitu dedikasi dan komited dalam tugas mereka.. Yela,kami merupakan batch pertama Fakulti ini.Sudah tentu banyak cabaran dan dugaan dalam mendidik kami... Thank you once again Lecturers!

Ucapan terima kasih yang tak terhingga jugak kepada rakan-rakan ku...Kalian lah peneman aku study, peneman suka duka kehidupan di universiti ni..

Tahniah kepada yang lulus.. dan kepada yang kurang berjaya, kalian nak menangis, menangis lah sepuas-puasnya.. tetapi bangkitlah kembali berjuang..Kerana aku pernah melalui saat genting itu..Cukup sakit,pedih... Tetapi ingat,Allah ada bersama kalian..Keep on berusaha dan bertawakal... Miracle will happen..InsyaAllah selagi ada usaha,ikhtiar,doa dan mengharapkan hanya pada Allah sahaja...Jangan putus asa tau sahabat.

Bagi orang-orang yang lulus,itu juga satu nikmat dan ujian yang Allah beri. Dia hendak melihat sejauh mana kita bersyukur kepadaNya.. Jangan lah bersikap riak dan takbur..Ucaplah Alhamdulillah.. Teruskan usaha kita ye kawan-kawan..

Kepada Ain, Zera, Annur, Siti, Sherin, Sya, Nisa, Yaya, Adik, Alya, Sue, Ziemah, Shari, Nana, FNJ, Fiqah, Hani, Mimi, Pia, Asilah and Muni:
Thanks atas bantuan korang secara langsung mahupun tak langsung..Terima kasih kerana menceriakan kehidupan kat sini.. Ingat,kita akan bersama susah senang lagi 4 tahun lebih.. Sama-samalah kita menempuhnya bersama-sama...

Kepada guys: Sahlin, Wafi, Fitri, Selvan, and all my comrades, thanks a lot for all your kindness, bantuan dan tunjuk ajar.. yes, we will face all the obstacles together in the coming 41/2 years.InsyaAllah...

To Ezry:
Thanks a lot,lot,lot,so much,..Lepas aku dapat tau result Sem 2 aku ada gagal, aku terus tak contact dia. Kesian dia tak boleh fokus study..Bukan aku tak nak contact dia,tapi aku malu dengan result aku yang teruk tu. Aku selalu cerita masalah aku dekat dia.. Aku cakap kat dia, aku mungkin akan fail untuk tahun 1 dan aku dah get ready remedial.. tapi dia still bagi aku semangat, nasihat, pujuk aku supaya aku terus berusaha. Walaupun aku banyak sakitkan hati dia. So sorry.. Mungkin aku takde rezeki untuk lulus sem 1 dan sem 2.. tetapi Alhamdulillah,Allah makbulkan doa-doa ku.Alhamdulillah..Aku lulus untuk kali ini..penentu untuk ke tahun 2.Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Sama-samalah kita berjuang dan memberi semangat each other sampai tahun 5, grade and komisyen and paham-paham la sendiri ye.

Sesungguhnya Allah tak akan membebani hambanya dengan bebanan yang tak mampu dipikul.
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah.
Sungguh indah ujianmu Ya Allah, Sungguh indah Cintamu Ya Allah yang kini aku rasakan.. Alhamdulillah...

"Ya Allah, increase us in knowledge while keeping us humble". Amin...

ALHAMDULILLAH atas nikmat ini Ya Allah....Subhanallah! Dan percayalah bahawa nothing is impossible.. :)

7 comments:

  1. Terima kasih Amira izzah!:) Alhamdulillah..
    all the best..kat mana skrg??

    ReplyDelete
  2. wah wah.....utk ezry special gitu ;) untungla toko drjh kte :P

    ReplyDelete
  3. hihihihi... alah special untuk dia je.. semua pun ada kan:D <3

    ReplyDelete
  4. hahahaha..koala2..tulaa..ckp org x nk dgr..kih3..banyak hutang ni..nway..congrats..
    -mouse-

    ReplyDelete
  5. mouse, asal x nak bitau awal?salah awak jugak ok!:) btw thanks! <3

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dan tahniah.. Nani lulus untuk tahun 1 ni dan mak cuma nak tumpang gembira. InsyaAllah selagi Allah masih mengurniakan kesihatan dan kudrat yang baik untuk mak ni, mak akan selalu buat apa yang termampu untuk mendoakan anak mak ni dan anak-anak yang lain. Mudahan2 Nani akan menjadi pendorong dan motivasi untuk adik2 yg lain...Selamat berjaya dan bersedia utk pelajaran tahun 2 pula... Moga hidup Nani dan kita semua diberkati Allah selalu.. Amin

    ReplyDelete