My fantastic followers!:)

24 July 2012

VIVA (It's a miracle from Allah)

Assalamualaikum...

Firstly,dengan rasa kesyukuran aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam..Alhamdulillah kita dipertemukan dengan Ramadhan yang penuh barakah ini...

Professional Exam(Pro Exam) aku baru je lepas.. Berakhirnya Pro Exam tu maknanya untuk Tahun 1,aku dah melalui 3 peperiksaan besar.. Final Sem 1, Final Sem 2 dan Pro Exam...

Result Sem 2 dah keluar before Pro Exam,and aku kecewa dengan result aku... Aku menangis merayu,berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ku dan ada lagi doa doa yang aku mohon(mungkin korang tak perlu tahu,antara aku dan Allah) 

Dan aku sedar,hidup tak selalunya di atas..Kadang-kadang kita juga perlu merasa bahawa kerdilnya kita di muka bumi Allah ni. Ya,hidup ibarat roda..Berputar dan sentiasa berputar..Mungkin juga seperti Bumi,sentiasa berputar mengelilingi matahari membezakan siang dan malam..

Pada hari nama-nama pelajar yang kena VIVA diumumkan,nama aku tiada dalam senarai.. Nama-nama yang ada dalam senarai VIVA itu adalah nama-nama yang boleh mendapat distinction atau untuk borderline.. Dan sudah tentu nama-nama yang tiada disenaraikan mungkin lulus atau gagal..So nama-nama tu akan diuji keesokan hari.

Aku menganggar sekiranya nama aku tiada,adakah aku di kalangan yang gagal itu? Malam tu,aku menangis sepuas-puasnya.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya aku pada ketika itu. Fikiran negatif sering bermain di fikiran ku dan tiada lagi optimis dalam diriku.. Aku hanya mampu menangis dan berdoa. Berdoa dan bertawakal kepadanya.. Tiada harapan bagiku,walaupun result sebenar belum diumumkan... Ezry keep motivating me,keep advised me.. But I rather opposed and denied it. Aku cakap fikir logik lah.. Sem 1 and Sem 2 aku teruk.. Macam mana nak cover Pro Exam aku....

Dan miracle daripada Allah berlaku... Ya, Allah Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang..Semua Zat hanya padamu Ya Rabbi, 99 Asmaul Husna semua nya pada Allah...Subhanallah Alhamdulillah. Sungguh indah ujian Allah...Alhamdulillah..

Pagi semasa pelajar diuji VIVA,Hasinah called aku.. 
'Nani,nama ko ada dalam VIVA Biochem. Cepat siap, bawak buku study dengan kitorg'..
Perkataan yang hanya aku sebut hanyalah Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Serious,semalam aku check nama aku,memang takde..
Aku segera bersiap dan study dengan kawan2 ku. Rupanya nama aku tersilap letak.. Aku tak buat apa apa preparation pun malam before VIVA tu.. Aku nervous.. Aku tak yakin dengan VIVA ku..Aku cuma bertawakal kepada Allah selesai diuji tadi.. Ya Allah lembutkan hati examiner tersebut.. Amin....

Balik je dari VIVA,aku menagis lagi,menangis dan terus menangis.. Aku takut dengan jawapan yang aku berikan tadi,.Dengan mata ku yang sembab akibat nangis malam sebelum VIVA, dengan keyakinan yang tipis semasa VIVA,aku hanya mengharap bantuan dan pertolongan Allah..Semoga Allah permudahkan urusanku dan rakan-rakanku yang lain..

Dan esok,menentukan penentuan sama ada aku akan remedial atau lulus semua nya... Doakan yang terbaik untuk ku dan rakan ku kerana esok keputusan kami akan diumumkan.... 

Barakah Ya Ramadhan..Semoga kebarakahan bulan Ramadhan yang mulia ini akan mempermudahkan segala urusan pelajar-pelajar perubatan batch pertama ini.. Amin Ya Rabbal Alamin.....

Sesungguhnya Allah ada bersamamu kemana jua kamu berada... Subhanallah... Ya Allah,aku cinta padamu..Alhamdulillah Ya Allah..... Permudahkan kami untuk ke Tahun 2 nanti...

4 comments:

  1. insyaAllah nani..keep on thinking positive..there is a law called law of attraction..think positive, be positive, insyaAllah the result will be positive..chill ya ;)

    ReplyDelete
  2. good luck KOALA...doa banyak2...sesungguhnya hanya pada DIA kita memohon dan meminta pertolongan...
    -MOUSE-

    ReplyDelete
  3. Anonymous aka aziemah:
    Thanks a lot...congratss!:D

    ReplyDelete