My fantastic followers!:)

31 March 2010

Love?

Masalah cinta memang luar biasa.....
sampai-sampai jika kita tuliskan kata 'cinta' di google, kita bisa menemukan lebih dari 526juta site....

yang lebih lagi.... kata 'cinta' ini sangat kental berhubungan dengan dunia remaja.....


berhubungan dengan kata 'cinta' ini... Allah telah membatasi kepada kita sebagai seorang muslim untuk berhati-hati.... seperti yang tersebut dalam ayat ini:


QS 3:14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

padahal Allah telah menyebutkan bahwa ada yang lebih baik dari itu semua....

Perhatikan ayat selanjutnya:
QS 3:15. Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
16. (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"
17. (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur[187].

adapun batasan cinta yang terkadang melampaui batas, bahkan Allah mengkategorikan dalam kategori "menduakan Tuhan", dapat dilihat di ayat ini:

QS 2:165. Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).

kalau sudah oleh Allah dianggap menduakannya, bisa-bisa menyebabkan kita masuk dalam kategori menyekutukan Allah.... yang akibatnya fatal......

perhatikan Ayat ini:
QS 4:48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

lalu bagaimana? apakah kita tidak boleh mencintai sesuatu?.....

Islam tidak melarang kita mencintai sesuatu, kecuali hal-hal yang sudah dibatasi oleh syariah.....

* cinta kepada dunia tidak boleh melebihi cinta kepada SANG KHOLIQ
QS 2:165...Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.
* cinta kepada dunia tidak boleh melebihi cintanya kepada RASULULLAH
QS 9:120. Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah,....

* cinta kepada dunia tidak boleh melebih cinta kepada Akhirat (atau dengan kata lain mengesampingkan Akhirat)
QS `6:107. Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, ....

* cinta kepada dunia tidak boleh melebihi 3 cinta utama:
QS 9:24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuathiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

untuk itulah saudaraku,... mari kita berusaha untuk "BERHATI-HATI DALAM CINTA"

29 March 2010

Senaman Untuk Tulang


dipetik daripada:
www.iLuvislam.com
Editor : almusafirq8


JANGANLAH malas, bangun dan bersenam! Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila menyentuh tentang tulang pastinya kalsium. Tetapi untuk mencapai
tulang yang sihat anda tidak boleh sekadar mengambil nutrien yang cukup. Melakukan senaman yang betul juga penting untuk menguatkan tulang! Sebenarnya, selain kuat, tulang juga fleksibel. Inilah sebabnya ahli gimnastik boleh melentur badan hingga ke bentuk yang tampak mustahil tanpa mematahkan tulang mereka! Tulang adalah tisu hidup, jadi ia terus bertindak kepada tekanan dari aktiviti yang dikenakan ke atasnya.
Tulang kita terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah. Dalam kata lain, tulang anda akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Jika anda tidak aktif secara fizikal, tulang anda menjadi lebih lemah dan rapuh, mendedahkannya kepada risiko patah.
 
 
Impak tinggi
Apa juga senaman yang memerlukan anda mengangkat berat dan melawan graviti dapat membantu mempertingkat dan mengekalkan jisim tulang. Tekanan dari mengangkat berat serta aktiviti tolak-tarik otot akan menggalakkan pembentukan tulang, menjadikannya lebih kuat.
Senaman berimpak tinggi dan menahan berat adalah paling efektif dalam membina tulang yang kuat. Senaman bertujuan membina tulang anda, bukan mematahkannya. Aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki, menari dan bermain permainan seperti tenis dan badminton menghasilkan impak yang sama seperti senaman menahan berat.
Senaman menahan berat impak rendah seperti berjalan dan aerobik impak rendah pula lebih sesuai bagi yang mereka yang mahu membina tulang kuat tetapi tidak boleh melakukan senaman impak tinggi. Anda juga boleh melakukan latihan ketahanan dan senaman yang menguatkan seperti angkat berat atau tekan tubi. Namun, anda perlu berjaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor atau jurulatih peribadi terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.
Bagi yang berusia, penderitaan dari keretakan tulang akibat terjatuh boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menjalani hidup normal. Sehingga 20 peratus mangsa yang mengalami keretakan pinggul meninggal dunia selepas satu tahun manakala dua pertiga yang terselamat pula menjadi individu kurang upaya. Di samping memastikan rumah dan persekitaran anda selamat dari risiko terjatuh, anda juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki keseimbangan dan postur badan melalui senaman. Melakukan tai chi memberikan anda lebih keseimbangan, postur dan koordinasi yang dapat membantu anda mengelak daripada terjatuh.
Senaman untuk tulang sihat boleh disesuaikan mengikut peringkat umur dan keperluan. Senaman boleh membantu membina tulang sihat ketika zaman kanak-kanak dan mengekalkannya ketika dewasa. Orang yang berumur dan kerap bersenam juga boleh menguatkan tulang dan mengurangkan risiko patah. Jadi, tidak kira berapa umur anda, atau apa juga keadaan fizikal anda, anda boleh mencari jenis senaman yang sesuai untuk diri sendiri.
Walaubagaimanapun, adalah berbahaya untuk melakukan senaman tanpa mengetahui had anda. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan keretakan akibat stres dan kerosakan sendi. Ada juga senaman yang boleh menyebabkan jatuh dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Penghidap osteoporosis dan warga emas boleh meningkatkan risiko kepatahan tulang jika memulakan senaman berat tanpa mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan.
Penyesuaian
Setiap senaman perlu disesuaikan mengikut keperluan dan keupayaan. Senaman selama 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu adalah digalakkan jika anda mempunyai jisim tulang rendah, menghidap osteoporosis atau berusia lebih 50 tahun.
Berhati-hatilah dengan halangan lazim untuk bersenam seperti malas atau kesuntukan masa. Senaman boleh diterapkan dalam kehidupan untuk menepati keperluan dan gaya hidup anda supaya ia tidak menjadi sesuatu yang membosankan. Jadilah kreatif dan pastikan anda gembira melakukannya. Dengan ini, anda akan dapat meneruskan senaman dengan rela dan bukan separuh hati.
 
 
Membina tulang sihat adalah komitmen sepanjang hayat dan aktiviti fizikal boleh membantu anda mencapainya. Sama ada anda di rumah, pejabat atau sekolah, anda boleh memasukkan senaman untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda. Apa yang penting, anda bergerak dan menikmati manfaatnya sepanjang hidup anda.
 
Sumber artikel : Utusan Malaysia Online

Kesan Matahari pada Mata

dipetik daripada:
www.iluvislam.com
Syahmi as
Editor: afdhal87



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tahukah anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.




Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.

Putih rangsang kepintaran pelajar!


dipetik dari:
www.iLuvislam.com
Dr Norhisham Wahab*
Dihantar Oleh: iera nadira
Editor: b_b




Cahaya merupakan tenaga spektrum yang sangat luas dan boleh dilihat. Mata difokuskan untuk melihat refleks tenaga untuk keperluan sel tubuh. Menurut Pengamal Terapi Getaran Warna, Dr. Norhisham Wahab, frekuensi gelombang warna yang boleh dilihat oleh mata kasar bergetar antara 420 hingga 780 nanometer (nm). "Warna-warna yang tidak dapat dilihat ialah warna ultra-unggu, infra-merah, gamma dan sinar x" beliau menjelas lagi. Warna-warna yang amat laju ini tidak sesuai untuk keperluan kehidupan organisma di muka bumi ini.
Setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi ini mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri. Frekuensi tenaga ini hanya dapat dikaitkan dengan sifat frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai pengimbang sel untuk penyembuhan. Ini bermakna kita memerlukan warna-warna tertentu untuk hidup dengan harmoni. Menurut beliau lagi, setiap tujuh jenis warna pelangi mempunyai peranannya dalam fungsi tubuh.
Cahaya dan warna ialah sebahagian daripada spektrum elektromagnet yang peka pada mata manusia dan juga meruakan sebahagian darpada spektra tenaga yang membolehkan kelangsungan kehidupan setiap makhluk di planet ini. Cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran dan jarak gelombang. Warna terpancar bermula daripada gelombang jarak jauh, ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek, ukuran tinggi.




Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru. Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalalmus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan. Ini bermakna, untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang selesa, kawasan sekolah mahupun di dalam bilik darjah perlu mempunyai banyak warna hijau.
Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat. Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak. Inilah yang membuatkan warna hijau perlu menjadi pilihan di kawasan sekolah ataupun kawasan kediaman.
Kawasan sekolah sepatutnya di penuhi dengan pokok-pokok dan bunga-bunga yang berwarna lembut, kerana warna bunga ataupun bangunan yang garang dan terang akan menggangu emosi pelajar dan mendorong pelajar bertindak secara agresif. Guru-guru juga perlu memakai pakaian yang berwarna lembut. Ini kerana warna baju yang dipakai oleh guru akan menjadi tumpuan sewaktu proses pengajaran berjalan. Kadangkala tumpuan pelajar boleh hilang sekiranya warna baju yang dipakai oleh guru tidak disukai oleh pelajar.
Ini menunjukkan wujud gangguan keseimbangan dan sekiranya berterusan akan membabitkan masalah disiplin. Mengapa kita rasakan kita tidak dapat menerima apa yang dipelajari pada waktu-waktu tertentu? Berdasarkan kajian sains fizik yang dijalankan oleh pengamal terapi getaran warna ini, setiap 24 jam waktu siang dan malam, berlaku bertukaran warna sebanyak tujuh kali mengikut warna-warna pelangi.





Seorang pakar psikologi barat mengatakan warna putih mampu meningkat kecerdasan, dan bayi perlu didedahkan sebanyak mungkin dengan warna putih dan warna-warna lembut untuk membolehkan IQnya bertambah secara maksimum. Warna unggu pula mempu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar. Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu meransang minat pelajar.
Menurut Dr. Norhisham Wahab, pukul 12 tengah malam hingga pukul 1 pagi alam dan segala hidupan diselubungi cahaya putih manakala pukul 1 pagi hingga pukul 2 pagi pula bertukar kepada warna merah jambu. Pada peringkat inilah kepekaan otak adalah pada tahap maksimum. Kita juga dilarang mengulangkaji pelajaran pada waktu-waktu pertukaran kerana pada waktu ini warna infra merah, merah, oren dan kuning akan berlaku dan membuatkan keseimbangan dalam tubuh kita menjadi terganggu. Begitu juga dengan pukul tujuh hingga tujuh setengah petang.
Fenomena gangguan keseimbangan oleh geteran warna-warna tertentu ini boleh dikesan dengan jelas ke atas mereka yang mengalami masalah kesihatan. Misalnya demam, seringkali kita dapati demam akan bertambah teruk apabila tiba waktu-waktu begini. Sememangnya warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita.
Walaupun kebanyakan kita mempunyai warna kegemaran masing-masing tetapi kita harus mengetahui apakah warna yang memberi kesan negatif dan yang memberi kesan positif dalam kehidupan kita. Warna-warna putih dan lembut sering dikaitkan dengan unsur-unsur positif. Misanya, pelajar sekolah dikehendaki memakai pakaian seragan yang berwarna putih. Walaupun ada yang mengatakan cepat kotor tetapi warna ini sebenarnya mempengaruhi kepintaran dan keseimbangan emosi pelajar. Tetapi sekiranya persekitaran sekolah dipenuhi dengan warna-warna garang maka tidak hairanlah kalau sekolah begini mempunyai masalah disiplin yang teruk.
Bagi mereka yang hendak menjalani sesi temuduga juga dikehendaki mengenai pakaian daripada warna-warna yang lembut. Ini semua berkaitan dengan emosi mereka yang menemuduga dan yang ditemuduga. Daripada pakaian mereka sudah boleh menilai seseorang yang terbabit secara luaran. Begitu juga dengan hospital, jururawat, doktor dan pesakit serta bangunan dan perhiasan dalaman dihias berkonsepkan warna-warna lembut.


Putus Asa,jadikan musuh utama!


dipetik dari:
www.iluvislam.com
farhanazis
editor: azzahra_solehah

Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..


Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.

Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.

Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.



25 March 2010

Bro,congrats:)

Muhamad Nurhanas bin Hakim,
tahniah kerana berjaya mendapat
pingat EMAS dlm acara
4x100m hari ini!:))
He was 3rd runner,
u're among the best runner in Segamat:D
Im proud of u wlupun kamu paling gelap dlm keluarga:)
 hahahaha...

Anas,Good Luck on tomorrow event!
Long jump and 4x200m:)))
break the record laah:D
Last,
BREAK BOTH LEGS ok!
Nanti jadi mcm ini lagi!

Anas still pergi tuisyen UPSR walaupun pulang ke rumah pukul 6.30 ptg tadi.
Ada solat hajat n Yassin katanya.
balik rumah terus mandi n siap2 gi sekolah. 
Takpa,Allah akan membalas susah payah Anas.
Gembira ye baca post Nani ni:)))

I wish I could running2 and jumpin2 again someday =(

23 March 2010

Heart.

My heart is' beutifully decorated'
He's wearing 9.
*sigh*
perasan seorang diri.
apela nani.

M.I.S.S.

Wey,
I miss you laah.
didn't u realise it?

22 March 2010

I felt the way you felt,

When I received the news yesterday,
I felt the way you felt.

Yes,it's totally hard to accept someone death
but
Allah loved him and took him.

We cant prevent and deny ourself from death because 
Allah has stated our death and our life partner.
He knows everything about us.
 
I didn't know the late Ikhwanul but as 'saudara se-Islam','family of SBP'  I type this post and I knew the feeling losing a friend.
He was the same age as mine.
When my mother bought the newspaper this morning,I quickly turn to the page 10:'Remaja pintar maut nahas'
and I took about 10 minutes to read and read and read the page.I can imagine our friend whom we spent almost 5 years at our Alma matter gone forever.What we have to do are to recite doa,yassin or al-fatihah to the late Ikhwanul.May Allah gives rahmah and grouped him in the faithful group to Allah.
Al-Fatihah....

About 2 months to go!

Oh.after I read her post,
damn I missed those moments.
Yeah!Miss PPM.
Kamu betul!
rasa nak terlompat2 atas court 
menentang pasukan lawan.
hahaha.

13,
Thanx for reminding me with both cute boys!

Wait,sabar2.
InsyaAllah kau pergi Nani!

21 March 2010

Eating practice secret of Islamic academician;

Lets share what does Islamic academician eat as the saying goes 'we are what we eat'

1)Honey
 Honey is a very nourishment food. Al-Quran stated that honey is 'shifa' or medicine that can recover diseases. It can prevent us being stressed from working,reading,planning,thinking and meeting.


2)Raisins
Contained good element that are needed in our body to build up blood to make sure enough oxygen is channeled to our brain. Face 'kiblat',read Bismillah and selawat 3 times followed by 'doa penerang hati.

3)Fresh milk
Milk is useful for our brain's health, sharpen our memory, supply energy for mental and physical.

4)Egg
It has its own benefit to strenghten our brain, body and taking care of our health.

5)Ginger
It is effective to prevent us from neglect or forget problem.It can be eaten raw.

6)Pomegranate
Effective for 'penerang hati'. Words uttered by Prophet Muhammad SAW: ' Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari '

Wallahualam...

18 March 2010

Happy Birthday!

Happy Birthday to my dearest best friend:)
NUR FITRIAH KHAIRUDDIN
May Allah bless you,insyaAllah.
I love you, thanx for the memories..
May our friendship last longer..
amin...
p/s:
sori lambat wish.
kenduri menyebabkan saya tido awal kerana penat membasuh pinggan dan mengemas rumah nenek...
walaupun begitu saya tidak melupai hari ini:)
hah.:b

17 March 2010

PPM south zone '10

Ha guys,Im late to update this blog.After the closing ceremony of Southern Zone,my auntie sent me to my grandma's house.Here,there's no internet.Must wait for my parents to balik kg,then I could use this internet.
So,lets view the pics taken:)

pic x lawa.zoom punya zoom.act,nak amik jersey no9 je.haha.
x syiok sbb x nampak:((

Intan Nani Tikus Alfa
Before going to the hall for closing ceremony.
Near their dorm

 Adik2 dynamites: too excited facing the camera.hahaha.
Miss korang okay!

 Sempat captured BM debaters.English debaters x sempat.
Next year fight again okay!

 Anem,thanx pinjam bilik untuk tido:))
Candid pic korang.at the main entrance of the Bestari Hall.

people before the event start.kitorg da berdiri kat dpn pintu tu haa.
kitorg aka vvip da sampai dulu.hahah.

see,Proud of it.Syukur alhamdulillah:DD 
lps ni tmbh 2010 SEKOLAH TUN FATIMAH lagi!

Last year hold it as player,now srikandi muda.hahaha:)))
bukan old girl yee.

 proud of u guys!u retain the champ.
So,Klntn?Grab back the trophy aite?!
InsyaAllah I'll come.:)))

Srikandi,Amigas,Sir Liew,Uncle Ise,Coach Halim,teachers,STFians,
terima kasih atas segalanya!!
Jap2,K Hana,rindu durian kampung!!!!hahaha.
K.Didy, mee bandung restoran lain plak??:) thanx nasihat dan dorongan!!
Uncle Aszemi aka Nadhirah's dad,thanx for the nice pics!
I love you all.
till we meet again.

13 March 2010

Basketball,jom!

Im out to Sc Muar.PPM Southern Zone.
till 16th march
Dynamites,go,go,go!!!
Bye!!

12 March 2010

Stop for a while.pray for the future..

First and foremost I would like to wish congrats to all Gregarious 0509.Alhamdulillah we made the school proud of us..
1st in Johor
4th in Malaysia

Alhamdulillah.
Allah,you granted our doa.:))

Congrats toThara Nur Atiqah for Johor Best Student Award,10A+.Hebat la kau!!
To my AMIGAS.congrats!!Love you all:))
One door close,one door will open.Yes,my rezeki was not this time.Allah will give me the rezeki when the time comes.Pray for me guys.:)))
Next destination is to take medic.Want to be a Muslimah and pious doctor soon.InsyaAllah,Allah will make my path easy.SPM is the path for scholars.Its not the end of the world..Believe it because you're borned to be awesome!

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan, jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambahkan nikmat kpdmu & jika kamu mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azab Ku sgt pedih.”(Ibrahim 14:7) 

Golongan yg hebat adalah mrk yg cepat b'terima kasih & redha dgn p'berian Allah. Sebutlah kalimat ‘Alhamdulillah’.

10 March 2010

How many hours left??

Now is 12.30 am.
10 hours left!!
Oh Allah,to you I resign myself.
Pls give me an excellent result tomorrow..amin...

Lets the journey begin....

8th March
I woke up early in the morning to go to the 'WAMUDA' for my JPJ test; and Alhamdulillah I passed both of the test!!Riding and driving.Thanx GOD:)))) Next week I gonna get my P license yeah!
 There,we had to listen some instructions from the teachers and the JPJ"s officer. My candidate's number for driving test was 27 and riding test was 25.And it took soooooo long for my turn.Really tiring! And guess what? I had been tested for driving test at almost 1 pm.My stomach made their 'sua sue kemuning' song.sangat lapar owuhh!Nak pijak clutch and minyak pun mcm da x larat.no energy at all.hahahah.

'Parking, bukit and 3penjuru'.Passed! Next part was road....
Luckily the tester asked me to go to "Jalan A' which is nearer to the Wamuda.But there's a lot of obstacles and simpang,pak cik2 lori,kanak2 melintas.sabar2 je laaa. I passed both part! LULUS!Yeah.But some of the candidate cried coz they failed.pity them:(( Baru je kluar jln,JPJ drive bwa candidate masuk balik.I don't know why...They have to repeat the test laa.

Riding test started at 2pm.The sun shined brightly and it was like killing me.My face burned okay.hitam balek.:((( It's okay laah,nak cheer Dynamites lps ni...:)) can't wait to see 'em!!!
Part 'titi' u can't make less than 7 seconds rite? I made 10.40 seconds on the 'titi'.hahah.takut fail punya pasal,I buat la lambat2.After I had been tested,result riding for sure. I asked the teacher in-charge.

'Cikgu,saya lulus x??' 
Coz I felt failed during the 2nd part.The tester looked at me with his 'wild' face.Takut2 die fail kan.mls aku nak ulang.hah.

'Ha,awak no 25.fail2.next weeekkk awak....'

I was,   confirm failed!!!Oh no!!kena dtg la blaja lagi and keluarkan RM80.hish!

"next week awak kena dtg amik lesen P awak'.

I was like duuuh! 'Cikgu ni!!!!'hahaha.thanx cikgu!!!.

On the day, I was 'suka-suki' sbb passed both test!Yeah!Alhamdulillah:DDD
Thanx to Mr. Amran, Mr. Md Noor and the teachers kat WAMUDA  for teached me to drive and smpai I passed! Cikgu ajar moto(Not sure his name) x sempat tya.But he was ' banyak ckp n peramah' smpi I kena tunggu nak blaja moto padahal enjin moto da start ni.hahah.
 K.Ili, Fifi, and friends kat sana yg banyak cheer and sama2 kena test.haha.best owuhh dpt lesen P.:)) Congrats u all.Miss korang laah!
There, I met my ex-schoolmate.Seri Budiman Hakim.He passed the test also.Congrats!
I met 3 boys from MRSM Gemencheh.
'Akak,SPM bila?'
Knp dorang pggil aku akak?hahahahah.rupa-rupanya cikgu ajar moto tu btau dorang aku ni da abis SPM n bakal doc.merepek owuuh.padahal SPM tgh cuak ni...   
'SPM?last year la.2009 kan.'
'La,sebaya kita rupanya'
'Akak sekolah le*b* kan?'
I was like dush3.Suka hati dorang je panggil sekolah aku mcm tu. 
'STF.Mana tau?'
'Cikgu tu btau'
'ohh.korang sekolah mana?' sesi interview.hah.
'MRSM Gemencheh'
Then,we bla..bla..bla..chatting..spm amik brp subjek?itu,ini.

In front of the 'pjbt jpj'
'Kak, num phone?'
'999'
'ohhh.kena masuk penjara ea?'
'yela'
'ala kak nak kwn2 pun x bole.'
'xpela.klu ade rezeki bole jumpa lagi'
'laaah,ayat da lama tu.Biasala budak STF.jaga pride.bla2...'
Mls mau lyn korang ber 3.

Dlm pejabat WAMUDA, nak tolak pintu ni.tiba2 pintu terbukak.hah.One guy ex.MRSM ni ckp sambil tgn membukakan pintu,For u I will.
Segan laa aku oii!dala dlm tu rmi manusia!!!hish!

after isi2 borang for lisence,balik laa. and I am very tired on 8th March..

06 March 2010

Pembuangan bayi.

Apabila Nani sudah bosan,inilah hasilnya:) Terima kasih kepada guru2 BM kat sekolah yg banyak memberi tunjuk ajar berguna.Thank you teachers.Maka karya penulisan tercipta,kebosanan pun pergi:D
      
         "Kes pembuangan bayi meningkat dari tahun ke tahun".Begitulah pernyataan di segenap penjuru media massa yang dapat kita lihat dan berkumandang di corong radio hampir setiap hari. Dalam menongkah arus pembangunan yang berliku, negara di gemparkan dengan kes pembuangan bayi yang amat menyayat hati.Bagai kaca hempas ke batu. Kejam sungguh pelaku yang sanggup membuang darah daging sendiri.Di manakah letaknya akal fikiran kurniaan Allah yang istimewa itu? Sesungguhnya haiwan pun tidak sanggup untuk berbuat sedemikian malah mereka amat menyayangi anak-anak mereka. Ibarat telur sesangkar pecah sebiji,pecah semua.

         Dari Abu 'Abdirrahman Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anh, dia berkata : bahwa Rasulullah telah bersabda,"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi 'Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata : Rezeki , Ajal , Amal dan Kecelakaan(bahagiannya)." Adakah anda fikirkan dan hayati?

         Oleh yang demikian,siapakah yang harus dipersalahkan dalam permasalahan ini? Ibu bapa? Guru-guru? Masyarakat? Atau pun saya sendiri? Melalui pemerhatian halus saya, setiap golongan dan individu bertanggungjawab dalam meleraikan kekusutan yang tercipta ini. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.


         Mari kita lihat melalui perspektif dan tanggungjawab ibu bapa kerana golongan ini merupakan teraju utama permasalahan ini. Tidak dinafikan anak-anak khusunya remaja mempunyai asakan dan lonjakan perasaan yang berbeza kerana pada tahap inilah mereka sedang mengenali diri mereka, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu perkara. Tidak hairanlah media massa acap kali menyiarkan berita remaja kahwin lari dengan jejaka Lombok pujaan hati, remaja lari dari rumah, remaja terlibat dengan kes dadah dan sebagainya.Oleh yang demikian, ibu bapa merupakan role model atau suri teladan kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa merupakan tulang belakang bagi organisasi kekeluargaan. Jika pincang organisasi tersebut maka runtuhlah institusi kekeluargaan yang diidamkan. Ibu bapa yang bekerjaya seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak.Walaupun hanya 5 minit masa yang diperuntukkan untuk anak-anak,detik-detik tersebut amat berharga kerana masa itu emas. Oleh itu ibu bapa perlu mencorakkan anak-anak dengan nilai pegangan agama dan moral yang jitu dan utuh untuk memastikan kebejatan sosial dihindari di kemudian hari. Tidak salah sekiranya mengajak ahli keluarga makan angin walaupun hanya di dalam negara kerana setiap masa adalah yang terindah bersama keluarga yang tersayang. Dengarkanlah suara hati dan masalah anak-anak agar masalah kemurungan anak-anak dapat ditangani.Melentur buluh biarlah dari rebungnya:D
 

         Guru-guru juga mempunyai kepentingan dalam menangani masalah ini. Subjek bagi Pendidikan Sivik,Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Biologi sudah membincangkan tentang topik ini. Sudah tentu para pelajar sudah diajar bagaimana terciptanya seorang bayi melalui subjek Biologi 'Reproduction and Growth', Bagaimana menjaga batas-batas pergaulan dalam subjek Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral seterusnya bagaimana menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai kualiti dalam pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek(JERI). Wahai sekalian remaja,segalanya telah diajar di sekolah.Jangan nafikannya tetapi mengapa anda tidak mengamalkannya? Mengapa masih ada kes-kes pembuangan bayi? Di manakah letaknya maruah atau 'pride' yang sering anda bangga-banggakan?Kalau begitu, ponatlah cikgu mengajaq,tapi masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. Hadis ada menyatakan, tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad. Renung-renungkanlah...

          
             Lain pula halnya bagi pihak masyarakat. Masyarakat seharusnya berganding bahu,membuka mata dan mencari jalan dalam hal-hal ini.Tidak semua tetapi segelintir masyarakat. Penubuhan pusat-pusat bagi penempatan remaja dan wanita yang terlanjur merupakan usaha yang memberangsangkan. Tetapi jika lebih banyak pusat yang ditubuhkan,semakin ramai individu yang melakukan perkara sumbang. Kerana pada pemikiran mereka, 'kalau aku pregnant pun ada tempat yang  yang boleh membantu'.Ada juga yang berkata, 'Hari tu saya buat tak da pape, tak sangka kali ini pregnant'. Apa nak jadi? Yang menjadi mangsa,ialah wanita.Ada dengar lelaki mengandung? Mustahil kan.Kalau ada beritahu cepat!:))  Oleh itu,tegurlah mereka yang berdua-duaan itu,takut terjadi apa-apa. Jangan pandang sebelah mata ya:)

             Pihak-pihak kerajaan juga perlu mengambil inisiatif dengan menguar-uarkan pengharaman Hari Kekasih atau Valentine's Day sebab apa?Sebab waktu-waktu beginilah berlakunya perkara-perkara luar jangkaan. Hari keramat di mana banyak pembuangan bayi berlaku adalah apabila 9 bulan selepas Tahun Baru atau pun Hari Kekasih. Usaha pihak berwajib membuat serbuan kepada pasangan yang berdua-duaan di tempat yang sunyi dan gelap amat digalakkan.Syabas!

             Setiap golongan telah dibincangkan.Penulisan yang dihasilkan adalah dari pemikiran yang cetek ini yang hanya mengikuti perkembangan semasa. Ambillah pedoman.Adakah kita mahu tubuh yang comel ini dibiarkan menjadi santapan semut dan binatang buas?
 

Ya Allah,hindarilah diriku dan umat Islam daripada segala bencana.
Sesungguhku kau maha penyayang dan maha mengasihani.

05 March 2010

The day will come;

March will be the busiest month I think.

Lets I list them down:

6 and 7 March: Driving and riding lesson

8 March : JPJ test for driving and riding.Pray for me guys.
 Im craving for P and want to be a competent driver..

11 March : SPM result will come out. Pray for an excellent result for me, Gregarious especially, STF and friends.Oh Allah,pls give me and my friends 10 A+ and 9A+ for us to pursue our study in what we yearn for.Amin...

And my mum already told me, 'Ni mesti time result kuar,bil telefon naik.Yela,contact kwn2.Nak tya result itu ini.' Im just smiled without saying any word.Cuak kot.


11 March-15 March : HKSBP(South Zone) at SAMURA. Wishing Dynamites all the best. You girls can do it!

After 15 March,


will be continued.....

01 March 2010

Allah the great!


Our heart beats around 100,000 times every day.
Our blood is on a 60,000-mile journey.
Our eyes can distinguish up to one million colour surfaces and take in
more information than the largest telescope known to man.
Our lungs inhale over two million litres of air every day, without even
thinking. They are large enough to cover a tennis court.
Our hearing is so sensitive it can distinguish between hundreds of
thousands of different sounds.
Our sense of touch is more refined than any device ever created.
Our brain is more complex than the most powerful computer and has over 100
billion nerve cells.
We give birth to 100 billion red cells every day.
When we touch something, we send a message to our brain at 124 mph.
We have over 600 muscles.
We exercise at least 30 muscles when we smile.
We are about 70 percent water.
We make one litre of saliva a day.
Our nose is our personal air-conditioning system: it warms cold air, cools
hot air and filters impurities.
In one square inch of our hand we have nine feet of blood vessels, 600
pain sensors, 9000 nerve endings, 36 heat sensors and 75 pressure sensors
.

"And in the earth are signs for those who believe, and (also) in yourselves. Can you then not see?" (Al-Qur'an)

Allah, you show me the path.

During my facebooking, I knew a new friend named Miyah Syed Ali. He taught me the true and real of Islam.Yes,I'm a Muslim but she made me more impressed even though I knew that.
Miyah Syed Ali: assalam alaykum hanani
Hanani : wassalam .why ustaz?
Miyah Syed Ali: how are you
Hanani: Im fine,thank you.
Miyah Syed Ali: from which part of country you are?
Hanani: how are you ustaz?Im from Malaysia ustaz?
Miyah Syed Ali: are you a student or employee
Hanani: Im still a student
Miyah Syed Ali: what you are studying?
Hanani: are u a teacher?Im study in pure science.
Today
Miyah Syed Ali: assalam alaykum
Hanani: wassalam
Miyah Syed Ali: do you practice Islam or just for name sake
Hanani: Insyaallah I practice Islam
Miyah Syed Ali: that good and you will get reward from allah
Hanani: Insyaallah amin!! 
Miyah Syed Ali: on your profile, dont promote any thing other than Islam, pose good information on Islam so that if non muslim sees they will also get the knowledge.we muslim can only use these friendship website to promote islam, as there is no concept of friendship between male and female in Islam
Hanani: OK ustaz.I will do it:)Insyaallah.ustaz,please correct me if I did wrong.give me advice ustaz
Miyah Syed Ali: ustaz, is arabic name means teacher, why you are telling me
Hanani: If I didn't call you teacher,what is the suitable name to call you?
Miyah Syed Ali: call me brother.we are brother and sister is faith i.e. sister and non muslims are brother and sister in humanity
Hanani:  ohhh i see
Miyah Syed Ali: can I send you islamic articles on your email ID
Hanani: of course:)
Miyah Syed Ali: my email ID is fanateer_tabuk@yahoo.co.in
Hanani: OK brother:)
Miyah Syed Ali: yours
Hanani: I have sent through message.nani_sevenine@yahoo.ca.Glad to receive your article:)
Miyah Syed Ali: thanks presently you are in which country
Hanani: Im from Malaysia
Miyah Syed Ali:  are you studying in malaysia or any other country
Hanani: near Thailand and Singapore.Im studying in Malaysia.My family are here
Miyah Syed Ali: yes, I know, I have lot of friends staying at rajak tun
Hanani: Ohhh.Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur.Is that you mean brother?
Miyah Syed Ali: yes
Hanani: ohhh.what does they did here?study?work?
Miyah Syed Ali:172 rajak tun. no malaysian friends
Hanani: they are study or work?
Miyah Syed Ali:they are malaysian nations and met me in USA
Hanani: ohh.Glad to know that
Miyah Syed Ali:in which part you are?
Hanani:I live in Johor.One of the state in Malaysia
Miyah Syed Ali:okay, so now I have multiple friends in 2 part of malaysia
Hanani:Yup.of course brother.Ukhwah fillah!
Miyah Syed Ali:are you doing medical doctor
Hanani:Insyaallah. Im planning for that.pray for me brother:)
Miyah Syed Ali: may allah make you a pious doctor
Hanani:Insyaallah!!!amin ya rabbal alamin. may your doa will be granted by Allah
Miyah Syed Ali:our prophet may peace be upon him told, the best prayer after day prayer is night prayer, get up and supplicate, allah will surely listen, you are young now allah loves those young who get up at night and supplicate to him
Hanani:Insyaallah.later I'll perform solat hajat
Miyah Syed Ali:it not only salat al hajat but salat al tahjud
Hanani:Insyaallah.thanx brother for remind me.:)If I want to perform solat tahajud should I sleep and than wake up to perform tahajud?
Miyah Syed Ali:its from 2 rakat to 12 rakats, no you can select one time and get up daily or weekly as per your convenience
Hanani: Ohhh.Ok
Miyah Syed Ali:daily is better, but daily may make inconvenience for your day study.make as per your convenience
Hanani:Thank you brother!
Miyah Syed Ali:okay, thanks, I have to go now, Insha allah we will chat tomorrow
 
So,while you are facebooking,you can met some other people in other country as well changing infos.
I met other friend from Japan too:)
Sometimes,agak malu la bila tersalah panggil brother Miyah Syed Ali ni ustaz.I called him 'Ustaz' that the actual meaning in Arabic is teacher.:b

Insyaallah!May Allah gives rahmah to me as well you!

Tujuh langkah syaitan menyesatkan manusia

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)


Syaithan tidak pernah bergembira ketika melihat ada orang-orang yang bertaubat kepada Allah. Ia akan berusaha dengan segala daya upaya untuk menggelincirkan manusia, kembali kepada kesesatan. Syaithan menggoda manusia melalui media hawa nafsu dan syahwat yang ada dalam diri manusia. Ketika seorang manusia dengan rahmat Allah, secara sempurna mampu mengendalikan hawa dan syahwatnya, maka syaithan kehilangan cara untuk menyesatkan manusia. Karena Allah berkata, bahwa Iblis tiada sanggup menyesatkan orang-orang yang mukhlas.


Cara syaithan menggelincirkan manusia beragama. Ada seseorang yang tidak pernah shalat. Ketika ia sadar bahwa ia harus mulai bertaubat dengan melaksanakan shalat, maka syaithan akan berusaha agar orang ini tidak melaksanakan shalat. Berbagai cara dilakukannya. Mulai dengan membisikan kemalasan, keasyikan, pengabaian dan lain sebagainya. Namun karena usaha yang keras, akhirnya Allah menolong. Orang ini menjadi mudah untuk melakukan shalat. Ia menjadi orang yang rajin shalat, bahkan selalu di Masjid. Saat ini syaithan tidak lagi menggelincirkan dengan meniupkan kemalasan, ia melihat lubang yang lebih terbuka di dalam individu tersebut, yaitu lubang riya. Syaithan membiarkannya dalam kerajiannya dalm shalat. Namun ia sekarang membisikkan dengan riya. "Lihat shalatmu paling bagus". "Lihat orang-orang kagum padamu". "Kamu adalah orang yang alim". Ketika ia mengikutinya, tanpa sadar si manusia pun telah tergelincir kedalam lubang syaithan.


Imam al Ghazali dalam Kitab Minhajul Abidin mengatakan, bahwa syaithan menyesatkan manusia dengan 7 langkah, yaitu:

PERTAMA
Syaithan melarang manusia agar jangan taat kepada Allah. Orang-orang yang dipelihara Allah, akan menolak ajakan itu dan berkata: "Aku sangat butuh sekali kepada pahala dari Allah, karena itu aku harus membekali diriku di dunia ini untuk akhirat yang kekal abadi".


KEDUA
Syaithan mengajak manusia untuk menunda taat. Syaithan mengatakan"Nanti saja masih ada waktu", "Nanti saja kalau sudah tua", dan sebagainya. Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Ajalku bukan pada tanganku. Jika aku mengundur amal hari ini untuk esok, siapa yang dapat memastikan bahwa aku masih hidup?"


KETIGA
Suatu waktu syaithan mendorong manusia untuk segera mengerjakan amal baik, sambil berkata: "Ayo cepatlah beramal, supaya banyak dan dapat memburu amal yang lainnya". Orang-orang yang selamat tentu menolak dan berkata: "Amal yang sedikit tetapi sempurna adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak sempurna".


KEEMPAT
Syaithan kemudian menyuruh manusia untuk mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab apabila nanti tidak sempurna akan dicela oleh orang lain. Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata:"Untuk saya, cukup dinilai oleh Allah saja dan tidak ada faedahnya beramal karena manusia".


KELIMA
Setelah itu syaithan menancapkan perasaan dalam hati orang yang beramal dengan mengatakan: "Betapa tingginya derajatmu dapat beramal shalih dan betapa pula cerdikmu dan kesempurnaanmu". Orang-orang yang shalih akan berkata: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allahlah yang memberi taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang Ia ridlai dan memberikan ganjaran yang besar dengan karunia-Nya. Jika sekiranya tanpa karunia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyak nikmat Allah kepadaku, disamping dosa yang banyak yang aku kerjakan".


KEENAM
Setelah jalan kelima gagal, maka syaithan mengajukan jalan keenam. Jalan ini lebih hebat dari yang disebut sebelumnya. Dan tidak akan dapat menyadarinya kecuali orang yang hidup pikirannya. Syaithan berkata dengan mendesuskan di hati manusia: "Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sirr (rahasia), jangan diketahui oleh manusia sebab Allah jualah yang akan mendzahirkan amalmu terhadap manusia, dan akan mengatakan bahwa engkau adalah hamba Allah yang Ikhlas". Syaithan mencampurbaurkan terhadap setiap orang yang beramal dengan tipu dayanya yang halus sekali. Dengan ucapannya itu syaithan bermaksud untuk memasukkan sebagian dari penyakit riya. Orang-orang yang dipelihara oleh Allah menolak ajakan syaithan ini dengan mengatakan : "Hai mal'un (yang dilaknat) tiada henti-hentinya engkau menggodaku untuk merusak amalku dengan rupa-rupa jalan. Dan sekarang engkau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalku, padahal maksudmu adalah untuk merusaknya. Aku ini adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikan aku. Kalau Allah berkehendak mendzahirkan amalku atau menyembunyikannya, kemudian menjadikan aku mulia atau hina, itu adalah urusan Allah. Aku tidak gelisah apakah amalku itu diperlihatkan oleh Allah kepada manusia atau tidak, karena itu bukanlah urusanku".


KETUJUH
Setelah gagal dengan jalan keenam, maka ia menggoda lagi dengan jalan ketujuh dengan mengatakan: "Hai manusia tidak perlu engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, karena sejak zaman Azali Allah telah menentukan manusia. Apabila engkau ditentukan sebagai orang yang bahagia, maka tidak akan menjadi mudharat apa-apa kalau engkau meninggalkannya, dan engkau tetap akan menjadi orang yang bahagia. Sebaliknya apabila engkau telah ditentukan sebagai orang yang celaka, maka tiada gunanya engkau beramal, karena engkau tetap akan celaka".
Orang-orang yang dipelihara oleh Allah akan menolak godaan ini dengan mengatakan: "Aku ini seorang hamba yang mempunyai kewajiban menuruti perintah Tuhan. Tuhan Maha Mengetahui. Ia menetapkan sekehendakNya. Dan berbuat apa saja yang dikehendakiNya. Amalku tetap akan bermanfaat, walau bagaimanapun keadaanku. Jika aku dijadikan seorang yang berbahagia, maka aku tetap perlu beribadah untuk menambah pahala. Dan jika aku dijadikan orang yang celaka, aku tetap harus beramal ibadah, supaya tidak menjadi penyesalan. Jika sekiranya aku dimasukkan ke neraka padahal aku taat, maka aku lebih senang daripada aku dimasukkan neraka karena aku maksiat. Tetapi tidak akan demikian keadaannya karena janji Allah pasti ditepati dan firman-Nya pasti benar. Allah telah menjanjikan kepada siapa yang beramal taat kepada-Nya akan diberi ganjaran. Siapa-siapa yang meninggalkan dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah tidak akan dimasukkan ke neraka dan pasti dimasukkan ke Surga. Jadi masuknya seseorang ke Surga bukanlah bukanlah karena kekuatan amalnya, tetapi karena janji Allah semata yang pasti ditepati dan suci"